Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
‘Agenda Sabah Maju Jaya sebab rakyat terus sokong Gagasan Rakyat’
Published on: Monday, October 16, 2023
Published on: Mon, Oct 16, 2023
Text Size:
Text:
‘Agenda Sabah Maju Jaya sebab rakyat terus sokong Gagasan Rakyat’
SAFARUDIN (tiga dari kiri) menyampaikan watikah pelantikan kepada salah seorang ketua cawangan Gagasan Rakyat Sekong pada majlis tersebut.
SANDAKAN: Matlamat dan hala tuju perjuangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) yang menitikberatkan pembangunan lebih bersepadu menerusi agenda Sabah Maju Jaya (SMJ) antara sebab rakyat terus mahu bersama parti itu.

Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Sekong, Safarudin Abu menegaskan ia terbukti apabila rakyat di peringkat akar umbi menyatakan sokongan yang tidak berbelah-bagi kerana kepercayaan mereka terhadap Gagasan Rakyat selama ini.

Advertisement
Apatah lagi, katanya, idea yang mantap daripada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor yang mahukan negeri ini terus maju ke hadapan dengan menekankan pembangunan secara komprehensif menambah lagi keyakinan rakyat. 

“Saya yakin sokongan rakyat terhadap parti ini akan terus bertambah memandangkan sejak ditubuhkan banyak pembangunan yang kita boleh lihat sendiri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Tahunan 2023 Gagasan Rakyat Sekong di Dewan Masyarakat, dekat sini, baru-baru ini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Mengulas lanjut, Safarudin berkata antara pembangunan yang dilaksanakan kerajaan pada hari ini seperti pembinaan rumah SMJ, bantuan pendidikan SMJ dan bermacam-macam lagi.

“Keprihatinan Ketua Menteri memberikan kesan positif di mana rakyat memerlukan pembelaan telah mendapat banyak manfaat. Saya yakin, Sabah akan terus membangun dan rakyat pula terus terbela menerusi hala tuju SMJ,” ujarnya.

Advertisement
Dalam pada itu, beliau berkata keahlian GRS Sekong kini sudah pun mencecah hampir 10,000 orang daripada 184 cawangan yang didaftarkan.

Safarudin menasihatkan ahli-ahli sentiasa menyemai semangat perpaduan antara satu sama lain demi kekuatan parti.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here