SEMPORNA: Seorang warga emas maut, manakala isterinya cedera parah apabila kenderaan jenis Toyota Fortuner dinaiki mereka bertembung lori dalam kemalangan di Batu 32 Jalan Inagus Semporna - Tawau, Semporna, pada pagi Isnin.
Jabatan bomba berkata kedua-dua mangsa suami isteri itu tersepit dalam kenderaan tersebut.
Mangsa maut yang dikenali sebagai Karisia Abd Mula, 65, diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, manakala, isterinya yang dikenali sebagai Nafsah Amir, 58, masih dirawat di hospital.