Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Ketidakstabilan politik di Sabah perlu ditamatkan: Mandela
Published on: Tuesday, October 17, 2023
Published on: Tue, Oct 17, 2023
Text Size:
Text:
Ketidakstabilan politik di Sabah perlu ditamatkan: Mandela
Mandela menyampaikan cenderahati kepada John sambil diperhatikan ahli jawatankuasa bahagian.
PENAMPANG: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Moyog berjaya mengadakan mesyuarat tahunan pertamanya Ahad lepas dengan ketua bahagian Datuk Ceasar Mandela Malakun menyarankan satu perubahan pemikiran politik di Sabah yang lebih menghargai kestabilan dan perpaduan. 

Katanya, zaman ketidakstabilan politik di Sabah, khasnya di Penampang, perlu ditamatkan.

Advertisement
“Di Sabah ini, sejak kemerdekaan banyak kali sudah kita bertukar kerajaan. Kerana itu, kita ada terlambat sikit dari sudut pembangunan.

Kalau dari segi pembangunan politik saya rasa kita adalah negeri yang berada di tingkat paling atas. Bukannya tumpuan kepada politik pembangunan negeri,” kata Mandela dalam ucapannya ketika mesyuarat tersebut yang diadakan di ITCC Penampang.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau menerangkan bahawa politik pembangunan memberi fokus kepada pembangunan negeri dan rakyat dan bukan kepada kelangsungan mana-mana parti politik.

Katanya ketidakstabilan politik hanya akan menyebabkan Sabah terus dikuasai oleh kuasa-kuasa politk dari Semenanjung Malaysia.

Advertisement
“Sekiranya kita mempunyai kestabilan politik di Sabah, kita tidak akan terikat kepada arahan atau rentak di Semenanjung Malaysia, maka dapatlah kita memberi tumpuan sepenuhnya kepada pembangunan di setiap daerah di Sabah,” katanya.

Gagasan Rakyat Moyog telah berjaya menubuhkan 60 cawangan dengan jumlah keahlian lebih 2,000. Lebih 700 orang perwakilan hadir di mesyuarat tersebut.

Advertisement
Di peringkat negeri, parti pimpinan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor telah menubuhkan bahagian dan cawangan di semua 73 kawasan DUN. 

Menurut Mandela, zaman kestabilan politik di negeri dan negara kini dapat dilihat dengan kerjasama yang terjalin dalam kalangan parti-parti politik.

Katanya, inilah yang diharapkan oleh rakyat agar kerajaan dan pemimpin dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada pembangunan negeri ini.

“Sekarang kerajaan di bawah pimpinan Ketua Menteri kita mempunyai hala tuju pembangunan yang jelas,” katanya.

Turut hadir pada mesyuarat tersebut adalah wakil daripada parti-parti GRS dan Pakatan Harapan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here