SANDAKAN: Program Pembersihan Pantai Komuniti Tahunan Ke-9 di Pulau Libaran telah berlangsung dengan jayanya pada 15 Okt lalu.Presiden Friends of Sea Turtles Education & Research (Foster), Alexander Yee berkata sejak tahun pertama program itu sehingga kini, Foster mendapat pelbagai sokongan daripada banyak pihak.
Tahun ini Foster menerima dana tajaan melalui program pembersihan pantai komuniti daripada Sabah Ports Sdn Bhd dan Lembaga Pelancongan Sabah.
Sebagai penaja utama, pasukan dari Sabah Ports Sdn Bhd yang diketuai oleh Pengurus Besarnya, Siti Noraishah Azizan menyertai pembersihan untuk menjalin kerjasama lanjut dengan Foster dalam projek pemuliharaan marin.
Advertisement





