Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Empat nelayan miliki ikan dibom dipenjara setahun
Published on: Tuesday, October 17, 2023
Published on: Tue, Oct 17, 2023
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Empat nelayan miliki ikan dibom dipenjara setahun
Kesalahan di bawah Seksyen 26(1)(c) Akta Perikanan 1985 itu boleh dihukum di bawah Seksyen 25(a) akta sama serta dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM20,000 , atau hukuman penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Empat lelaki masing-masing dipenjara setahun kerana memiliki ikan yang dibom.

Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus menjatuhkan hukuman itu kepada juragan Saldi Gumbahali, 60, serta anak kapal Junyoul Nastih, 49, Saldi Ginaldo, 31, dan Welmin Muin, 43, yang mengubah pengakuan dan mengaku kepada pertuduhan terhadap mereka pada Isnin.

Advertisement
Mereka didapati memiliki 10 ekor ikan yang ditangkap menggunakan bahan letupan pada 5.50 petang 23 Julai tahun ini di dalam sebuah bot di kawasan perairan South Hill Rock di Pulau Manukan, di sini.

Kesalahan di bawah Seksyen 26(1)(c) Akta Perikanan 1985 itu boleh dihukum di bawah Seksyen 25(a) akta sama serta dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM20,000 , atau hukuman penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Mahkamah memerintahkan empat tertuduh menjalani hukuman penjara dari tarikh mereka ditangkap.

Selepas hukuman penjara mereka selesai, mahkamah memerintahkan mereka kecuali Junyoul iaitu warganegara Malaysia, dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk dihantar pulang.

Advertisement
Mahkamah juga memerintahkan semua barang kes yang dirampas dilucuthakkan oleh Kerajaan Malaysia.

Semasa rayuan, empat tertuduh memohon hukuman ringan dengan mengatakan bahawa mereka mempunyai tanggungan keluarga.

Advertisement
Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa William Apin dari Jabatan Perikanan, menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman berbentuk pencegahan demi kepentingan awam serta mencegah sumber ikan dan habitat marin terjejas.

Tambahnya, hukuman itu juga bertujuan menghentikan kegiatan pengeboman ikan di Sabah.

Mahkamah mendengar bahawa Pasukan Polis Marin menahan bot itu dan menemui kira-kira 200kg pelbagai jenis ikan, dipercayai ditangkap dengan bahan letupan.

Pasukan itu juga menemui peralatan untuk mengebom ikan di dalam bot.

Empat lelaki itu, tiga daripadanya tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri, kemudian ditahan kerana disyaki menangkap ikan dengan bahan letupan.

10 daripada ikan itu dihantar ke Jabatan Perikanan untuk siasatan dan laporan ahli kimia mengesahkan bahawa ikan itu ditangkap dengan bahan letupan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here