TAWAU: Seorang bapa dipenjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku salah melakukan ugutan jenayah terhadap anak lelakinya, 13, dengan menggunakan pisau untuk mengarahkannya menunaikan solat.
Ardi Aris, 32, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Don Stiwin Malanjum selepas kertas pertuduhan dibacakan.
Tertuduh yang bekerja di sebuah premis mencuci kereta didakwa melakukan jenayah itu dengan niat mendatangkan ketakutan terhadap anak lelakinya, Zack Azroy dengan mengacukan sebilah pisau di rumah keluarga mereka di Batu 8 Jalan Apas sekitar jam 9 pagi pada 4 Ogos lalu.