SABAH Electricity Sdn Bhd (SESB) telah membaik pulih kabel perkhidmatan ke sebuah rumah di sebuah kampung di Papar, dan sedang memantau bekalan ke sebuah kejiranan di Telipok serta pangsapuri di Manggatal.
Ini berikutan maklum balas mengenai bahaya keselamatan yang ditimbulkan oleh wayar hidup yang berada di atas rumput di sebelah premis di Kg Manggis, Papar, serta kesulitan akibat gangguan kuasa di hartanah perumahan di lokasi lainnya.
Pengguna terjejas memberikan Hotline maklumat berkaitan rungutan mereka, termasuk masa dan tarikh masalah ini berlaku, yang dimajukan kepada syarikat.
Jurucakap SESB berkata, jurutekniknya pergi ke Kg Manggis, sejurus selepas dihubungi media.
“Mereka menemui kabel yang disambungkan ke rumah itu di satu bahagian pekarangan rumah terbabit,” katanya. “Sebuah pokok reput yang tumbang berada di sebelahnya.”
PENGGUNA itu bimbang mengenai risiko renjatan akibat kabel ini.
Daripada sisa kulit kayu yang tersangkut pada talian perkhidmatan, kakitangan syarikat mengandaikan pokok tumbang itu menimpa kabel tersebut dan menyebabkan ia tertanggal dari perumahannya.”
“Tindakan sewajarnya diambil serta-merta. Juruteknik kami memasang semula kabel ke bahagian lain bumbung untuk meminimumkan kemungkinan masalah ini berulang pada masa hadapan.”
Mereka juga menasihatkan pemilik meter supaya mencantas pokok berhampiran dengan bangunan itu dari semasa ke semasa supaya mana-mana dahan yang patah tidak jatuh ke atas talian perkhidmatan itu, menurutnya.
SEORANG juruteknik SESB memasang balik kabel yang jatuh.
Ketika ditanya sama ada terdapat kelewatan dalam menangani rungutan pengguna, dia berkata kakitangan SESB dihantar ke kampung itu kurang setengah jam selepas pejabatnya di Papar mengetahui perkara yang berlaku.
“Semakan rekod kami mendedahkan bahawa pengguna telah membuat laporan kepada Careline kami sekitar tengah hari pada hari yang sama.”
Dia berkata syarikat itu mempunyai dua pasukan tunggu sedia di daerah itu yang beroperasi 24 jam mengikut syif lapan jam.
“Kawasan operasi pasukan ini adalah dari Kinarut hingga Bongawan.”
ROSLEE dari Papar berkata kabel yang terjatuh ke atas pekarangannya menyebabkan dia dan keluarganya berisiko terkena renjatan.
“Sebarang percikan elektrik juga boleh menyebabkan pekarangan dan rumah saya terbakar,” katanya.
“Talian kuasa itu tiba-tiba tercabut dari permukaan kayu di mana ia dipasang.”
Dia berkata dia telah menelefon SESB - 15454 - Careline apabila dia menyedari kabel itu terputus.
“Kakitangan, yang berurusan dengan saya, memberi saya nombor rujukan dan berkata bahawa Bahagian Teknikalnya akan dimaklumkan tentang apa yang berlaku.”
Pada masa dia menghubungi Hotline, Roslee berkata kakitangan firma itu masih belum tiba di rumahnya.
Sementara itu, SESB sedang dalam usaha menangani punca gangguan elektrik yang berlaku di Taman Putera Perdana dan Bandar Sierra pada Sabtu lalu.
Jurucakap syarikat itu berkata bahagian berkaitan telah dimaklumkan mengenai gangguan di kawasan Telipok dan Manggatal ini.
“Kami sedang dalam proses mengenal pasti punca masalah ini dan sedang mengambil langkah yang perlu untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku pada masa hadapan,” katanya.
PENGGUNA di Taman Putera Perdana sudah serik dengan pelbagai gangguan kuasa yang mereka alami tahun ini.
RAMAN dari Telipok dan LANDRY dari Manggatal masing-masing terputus bekalan elektrik di rumah dan pangsapuri mereka sekitar jam 10 pagi.
Lokasi pertama mendapat semula bekalan kuasanya sekitar jam 12 tengah hari, manakala bekalan lokasi kedua hanya pulih sekitar jam 2 petang.
Raman berkata, dia menerima notis daripada SESB melalui sistem pesanan ringkas (SMS) sejam selepas bekalan elektrik terputus.
“Ketika SMS dihantar, syarikat masih cuba mencari punca gangguan itu,” katanya.
“Menurut makluman, kawasan kejiranan saya merupakan salah satu daripada beberapa kawasan perumahan, kampung dan premis industri yang mengalami gangguan bekalan itu.”
BEKALAN kuasa di pangsapuri Bandar Sierra terputus pada jam 10 pagi Sabtu lalu dan hanya pulih empat jam kemudian.
Landry dimaklumkan oleh kakitangan Careline syarikat bahawa gangguan itu tidak dirancang.
Raman dan Landry berkata ini bukan kali pertama mereka mengalami masalah elektrik ini.
“Ini pernah berlaku beberapa kali tahun ini.”
Mereka ingin tahu bagaimana SESB akan bertindak untuk meminimumkan gangguan di kawasan mereka.