Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Petronas taja 116 pelajar cemerlang SPM dari Sabah
Published on: Thursday, October 19, 2023
Published on: Thu, Oct 19, 2023
Text Size:
Text:
Petronas taja 116 pelajar cemerlang SPM dari Sabah
PENERIMA tajaan mengabadikan kenangan bersama yang lain pada majlis itu.
Kota Kinabalu: Seramai 116 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 dari Sabah telah menerima penajaan pendidikan menerusi Program Memperkasakan Ilmu – Penajaan Pendidikan Petronas.

Mereka adalah sebahagian daripada 600 pelajar cemerlang SPM 2022 di seluruh negara yang mendapat tajaan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi di Universiti Teknologi Petronas dan universiti terkemuka tempatan serta di luar negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, New Zealand, China, dan Jepun, serta, mulai tahun ini, di Korea Selatan.

Advertisement
Majlis penganugerahan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 14 Oktober lalu menjadi detik yang membanggakan bagi pelajar berkenaan apabila mereka menerima tajaan sambil diiringi tepukan daripada ibu bapa dan penjaga yang turut hadir pada majlis itu.

Pengerusi Petronas, Tan Sri Mohd Bakke Salleh, bersama Naib Presiden Kanan, Pelaksanaan Projek dan Teknologi, Petronas, Datuk Bacho Pilong menyampaikan tajaan kepada pelajar berkenaan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Mohd Bakke berkata Petronas percaya bahawa pelaburan dalam pendidikan dan pembangunan modal insan di semua peringkat akan melahirkan bakat yang berterusan dan mampan.

“Program Memperkasakan Ilmu merupakan komitmen kami untuk menggalakkan penerokaan ilmu di kalangan pelajar dan pendidik. Kami menyokong usaha mereka ke arah pendidikan berkualiti serta memperkasakan mereka agar terus berusaha mencapai kemajuan selari dengan perubahan semasa,” katanya ketika berucap pada majlis itu.

Advertisement
Beliau menambah, dengan portfolionya kini melangkaui industri minyak dan gas ke arah spektrum tenaga yang lebih luas, Petronas memerlukan kemahiran baharu bagi memenuhi keperluan perniagaan yang semakin berkembang, sekali gus melahirkan tenaga profesional yang berpengetahuan tinggi.

Bidang yang ditawarkan termasuk Kejuruteraan Kimia, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Petroleum, Geofizik, Perakaunan, Pemasaran dan Undang-undang. 

Advertisement
Selaras dengan transformasi digital Petronas, syarikat tersebut juga telah memperluaskan penajaannya merangkumi bidang Sains Data dan Kejuruteraan Data.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, Datuk Zainuddin Aman dan Ketua Petronas Sabah dan Labuan, Siti Ayu Abdul Wahab.

Lebih 10,000 permohonan diterima bagi program itu tahun ini. 

Selepas melalui proses penilaian, 600 pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dan berjaya mempamerkan kualiti kepimpinan, kecerdasan, kemahiran menyelesaikan masalah, semangat berpasukan serta wawasan untuk mencapai kecemerlangan, telah dipilih untuk menerima tajaan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here