Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Pastikan anak muda tahu warisan budaya 
Published on: Thursday, October 19, 2023
Published on: Thu, Oct 19, 2023
Text Size:
Text:
Pastikan anak muda tahu warisan budaya 
Hajiji berkata, bagi memperkasa khazanah budaya, Kerajaan Negeri telah menganjurkan beberapa program berkaitan antaranya Festival Muzium dan Kebudayaan 2023 bagi memperkenalkan dan mempromosikan kreativiti etnik.
KETUA Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menyeru persatuan etnik di Sabah menggalakkan generasi muda mempelajari warisan budaya masing-masing di samping tahu bertutur dalam bahasa ibunda mereka.

Beliau berkata identiti etnik negeri akan hilang jika bahasa ibunda dan warisan budaya mereka tidak dipelihara.

Advertisement
“Sehubungan itu, saya menyeru semua pemimpin etnik di negeri ini untuk bekerjasama dengan kerajaan bagi memastikan warisan budaya terus terpelihara untuk kita dan generasi akan datang.

“Dalam usaha gigih kita untuk membangunkan negeri, kita tidak mengabaikan kepentingan adat dan kepelbagaian budaya kerana ia merupakan aspek penting dalam kehidupan yang melambangkan identiti sesebuah bangsa untuk terus dipelihara dan dimartabatkan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
 “Usaha ini bukan sahaja untuk memastikan identiti kaum tidak terhakis oleh kemodenan dan teknologi tetapi juga mampu menyumbang kepada pembangunan negeri, khususnya dalam aspek pelancongan,” katanya pada sambutan Hari Etnik Sabah 3.0 di Kota Kinabalu pada 10 Okt. Ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Ulang Tahun Ke-70 Yang Dipertua Negeri.

Hajiji berkata, bagi memperkasa khazanah budaya, Kerajaan Negeri telah menganjurkan beberapa program berkaitan antaranya Festival Muzium dan Kebudayaan 2023 bagi memperkenalkan dan mempromosikan kreativiti etnik.

Advertisement
Sementara itu, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew berkata pelancaran Album Lagu Rakyat Etnik Sabah merupakan penghargaan khas kepada persatuan yang memberi sumbangan dalam memulihara warisan tradisi lisan dalam bentuk lagu-lagu rakyat yang telah direkodkan pada tahun lepas.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Keywords:
sabahmovingforward
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here