Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Memastikan orang Islam menjauhi puak pelampau
Published on: Thursday, October 19, 2023
Published on: Thu, Oct 19, 2023
Text Size:
Text:
Memastikan orang Islam menjauhi puak pelampau
ANWAR, diiringi Hajiji, merasmikan Konvensyen Pengurusan Hal Ehwal Islam.
PENDEKATAN mudah atau “tidak melampau” adalah formula terbaik untuk memajukan umat Islam tanpa menjejaskan kedudukan orang bukan Islam, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor.

Beliau berkata pendekatan itu amat sesuai bagi menjamin keharmonian hidup masyarakat berbilang kaum, agama dan budaya seperti yang wujud di Sabah, negeri yang menjadi rumah kepada 33 kumpulan peribumi yang menuturkan 50 bahasa dan 80 dialek etnik. 

Advertisement
“Justeru, tidak dinafikan kesederhanaan yang kita amalkan amat penting dalam mengekalkan dan memupuk keharmonian dan perpaduan dalam negeri dan negara berbilang agama,” katanya semasa Konvensyen Pengurusan Hal Ehwal Islam sempena Mesyuarat Perdana Menteri Agensi Agama Se-Malaysia kali ke-2 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu pada 4 Oktober. 

Konvensyen itu dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Ketua Menteri itu berkata, Kerajaan Negeri akan terus melaksanakan program keagamaan dan kerohanian dengan memperuntukkan sejumlah RM176.16 juta tahun ini untuk perbelanjaan operasi.

Tambahnya, adalah menjadi tugas dan tanggungjawab Kerajaan untuk memastikan rakyat hidup dalam keadaan aman, makmur dan sejahtera.

Advertisement
“Perbezaan agama bukan penghalang untuk kita hidup dalam suasana harmoni dan aman, ia juga tidak akan menjadi punca untuk kita hidup permusuhan turun-temurun.

“Agama menyeru kita beramal dan memupuk perpaduan, di samping menghayati nilai-nilai murni, hormat-menghormati dan mempercayai antara satu sama lain,” katanya.  

Advertisement
Hajiji berkata, pentadbiran Islam di Malaysia telah berkembang pesat seiring dengan perubahan dan kemajuan yang dicapai lebih 60 tahun sejak merdeka.

Beliau berkata, program ijtimak itu dapat memberi pencerahan terhadap beberapa isu berkaitan hal ehwal agama serta persefahaman dalam hal ehwal agama Islam antara agensi agama terbabit.

“Jaringan kerjasama dan perpaduan antara agensi agama persekutuan dan agensi agama di negeri-negeri perlu diteruskan ke arah pengemaskinian dan pemantapan pentadbiran dan urusan agama Islam dalam negara untuk kepentingan masyarakat Islam keseluruhannya. Ia juga akan memastikan agensi agama Islam tidak ketinggalan, malah selari dengan urusan pentadbiran kerajaan dalam negara ini,” katanya.

“Pengurusan hal ehwal Islam berbeza dengan pengurusan biasa kerana peranannya bukan sekadar pentadbiran tetapi menjadi sumber rujukan dan panduan dalam kehidupan masyarakat atau umat Islam sepanjang masa.

“Perkara ini selaras dengan teras Madani Malaysia, malah selaras dengan matlamat Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang menekankan pembangunan dan pemerkasaan modal insan bagi menjelmakan kreativiti insan dan akhlak yang terpuji.”
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Keywords:
sabahmovingforward
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here