Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Suami isteri didakwa jalankan perniagaan pemberi pinjam wang tanpa permit
Published on: Thursday, October 19, 2023
Published on: Thu, Oct 19, 2023
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Suami isteri didakwa jalankan perniagaan pemberi pinjam wang tanpa permit
Pasangan itu didakwa mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda antara RM250,000 dan RM1 juta, atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali, dan boleh disebat jika mengulangi kesalahan itu, jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Sepasang suami isteri didakwa menjalankan perniagaan pemberi pinjam wang tanpa permit.

Tan Chee Huat, 47, dan isterinya Nathalie Chung Mei Nee, 38, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus, kepada pertuduhan terhadap mereka pada Rabu.

Advertisement
Kedua-duanya didakwa menjalankan perniagaan itu tanpa lesen sah pada April 2019 di Kudat.

Pasangan itu didakwa mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda antara RM250,000 dan RM1 juta, atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali, dan boleh disebat jika mengulangi kesalahan itu, jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Mahkamah menetapkan 21 Nov tahun ini untuk pengurusan kes praperbicaraan dan melepaskan mereka dengan ikat jamin RM15,000 berdeposit RM5,000 dan dua penjamin tempatan setiap seorang.

Kedua-dua mereka juga diarah melaporkan diri di balai polis Kudat sebulan sekali dan menyerahkan pasport mereka, jika ada, kepada mahkamah sehingga kes mereka selesai.

Advertisement
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mazlan manakala pasangan itu tidak diwakili peguam.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here