Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Tarah bukit: Jabatan Tanah dan Ukur rampas jengkaut, lori di Tuaran
Published on: Friday, October 20, 2023
Published on: Fri, Oct 20, 2023
Text Size:
Text:
Tarah bukit: Jabatan Tanah dan Ukur rampas jengkaut, lori di Tuaran
Jengkaut dan lori yang disita.
Tuaran: Jabatan Tanah dan Ukur merampas sebuah jengkaut dan lori 10 tan dalam serbuan di tapak penarahan bukit di Kampung Bundung di sini Jumaat lepas.

Pengarahnya Datuk Sr. Bernard Liew Chau Min berkata pasukan penguatkuasa jabatan itu melakukan serbuan itu berikutan maklumat dan aduan orang ramai.

Advertisement
Beliau berkata, pihak terbabit didapati sedang menggali dan mengambil serta mengalihkan tanah di kawasan bukit tanpa kebenaran atau lesen untuk menjalankan aktiviti sedemikian di tapak berkenaan.

Aktiviti menggali, mengambil dan memindahkan tanah tanpa kebenaran dan lesen daripada Jabatan Tanah dan Ukur adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 168 Ordinan Tanah Sabah, Bab 68.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Dalam serbuan kira-kira jam 10.15 pagi itu, pasukan penguat kuasa jabatan itu merampas sebuah jengkaut Hitachi-Zaxis 350 H dan sebuah lori 10 tan. Bagaimanapun, tiada tangkapan dibuat kerana pekerja terbabit berjaya melarikan diri.

“Jabatan telah membuat laporan di balai polis berhampiran mengenai serbuan dan rampasan itu. Kertas Siasatan (IP) akan dibuka sebaik sahaja Unit Siasatan Bahagian Penguatkuasaan mendapat semua maklumat yang diperlukan dan tindakan sewajarnya akan diambil mengikut dengan peruntukan dalam Ordinan Tanah Sabah, Cap 68,” katanya dalam satu kenyataan Khamis.

Advertisement
Beliau berkata pasukan penguatkuasa jabatan itu akan terus memantau aktiviti pengekstrakan haram tanah/pasir/batu atau bahan galian lain di seluruh Sabah.

“Pemantauan bukan sahaja pada hari bekerja tetapi juga pada hujung minggu dan cuti umum. Kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap sesiapa yang didapati tidak mematuhi peraturan dan melanggar undang-undang yang diperuntukkan di bawah Ordinan Tanah Sabah, Cap 68,” tambahnya.  
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here