Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
‘Kalau tidak disemak, Sandakan tidak akan maju’. Kadar cukai pintu di Sandakan perlu disemak: Joachim
Published on: Friday, October 20, 2023
Published on: Fri, Oct 20, 2023
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
‘Kalau tidak disemak, Sandakan tidak akan maju’. Kadar cukai pintu di Sandakan perlu disemak: Joachim
Joachim (tengah) menerima memorandum rayuan/bantahan daripada persatuan- persatuan yang hadir pada majlis itu.
SANDAKAN: Kadar cukai pintu Sandakan yang telah berusia 30 tahun perlu disemak semula supaya selaras dengan keperluan semasa penduduk daerah ini dari segi pembangunan dan perkhidmatan. 

Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam berkata, kali terakhir kadar cukai pintu daerah ini disemak semula ialah pada tahun 1994, iaitu 30 tahun lalu. 

Advertisement
“Jadi sudah tiba masanya untuk kadar cukai tersebut disemak semula. Kalau tidak disemak semula atau dinaikkan kadar cukai pintu ini, Sandakan tidak akan maju.
“Sekiranya kita mahu perkhidmatan Majlis Perbandaran Sandakan dipertingkatkan maka kita perlukan kewangan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Pendapatan diperoleh daripada kutipan cukai pintu ini juga akan digunakan untuk membiayai pembangunan di Sandakan,” katanya. 

Beliau berkata demikian semasa Majlis Rayuan Penangguhan dan Kaji Semula Pelaksanaan Kutipan Kenaikan Cukai Pintu 2024 Daerah Sandakan yang diadakan dengan kerjasama Parti Bersatu Sabah (PBS) Karamunting yang diketuai oleh Ketua Bahagiannya, David Fong, pada Khamis. 

Advertisement
Sesi dialog yang diadakan itu turut dihadiri oleh Setiausaha Tetap KKTP, Datuk Dr. Jamili Nais; Ketua-ketua Bahagian, Ketua-ketua Pergerakan Pemuda, Ketua-ketua Pergerakan Wanita PBS Zon Lima mewakili sembilan bahagian iaitu Karamunting, Sekong, Tanjung Papat, Elopura, Gum-Gum, Sg. Sibuga, Sg. Manila, Lamag dan Sukau; wakil- wakil daripada Persatuan Peniaga Tiong Hua Sandakan, Persatuan Gabungan Persatuan Kaum Cina Sandakan dan Persatuan Gabungan Sekolah Cina Sandakan.

Dalam majlis itu, Joachim telah menerima memorandum rayuan dan bantahan daripada persatuan- persatuan itu. 

Advertisement
Rabu lepas, Joachim telah membuat pertemuan dengan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, Henry Idol yang telah memaklumkan status perkembangan Kadar Cukai Pintu Sandakan.

Semasa perjumpaan itu, Henry juga menyerahkan memorandum bantahan daripada Persatuan Peniaga Tionghua Sandakan dan parti pembangkang untuk dipertimbangkan semasa menentukan kadar cukai MPS yang akan dilaksanakan pada tahun hadapan.

Henry turut memaklumkan bahawa pada ketika ini semua bantahan yang diterima dalam tempoh bantahan akan didengar dalam Tribunal Rayuan Cukai, sebelum dibincang dalam Jawatankuasa Kewangan dan dinyatakan dalam Mesyuarat Penuh Majlis. 

Selepas proses ini selesai, ia seterusnya akan dikemukakan kepada KKTP untuk keputusan akhir.

Joachim berkata, surat-surat rayuan itu akan diambil kira oleh Kementerian.

“Setakat ini, rayuan ini masih di peringkat MPS. Kita tunggu sehingga pihak tribunal selesai menerima dan menilai semua bantahan serta semua proses seterusnya telah dipenuhi,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here