SANDAKAN: Seekor buaya seberat 80kg berjaya ditangkap sepasukan Angkatan Pertahanan Awam (APM) di Taman Megah, Batu 7, Sandakan, pada Jumaat.
Terdahulu, buaya berukuran dua meter panjang itu dilihat oleh seorang penduduk di parit besar kawasan perumahan tersebut sebelum menghubungi pihak berkuasa.
Buaya tersebut diserahkan ke Jabatan Hidupan Liar.