TAWAU: Seorang lelaki dilaporkan hilang ketika memancing di tebing sungai, dipercayai dibaham buaya dalam kejadian di Kg Mas Mas, Jalan Sungai Burung, Tawau, pada Khamis malam.
Jabatan bomba berkata insiden itu dikatakan disaksikan oleh rakan mangsa yang dikenali sebagai Asdar Nanrang semasa memancing di tebing sungai itu pada jam 8.30 malam.
Operasi pencarian segera dilakukan bersama penduduk kampung, namun faktor keadaan yang gelap menyukarkan pencarian.