Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
200 penduduk Sugut terima rawatan pergigian percuma
Published on: Friday, October 20, 2023
Published on: Fri, Oct 20, 2023
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
200 penduduk Sugut terima rawatan pergigian percuma
SEBAHAGIAN penduduk yang memanfaatkan perkhidmatan pergigian percuma itu.
BELURAN: Seramai 200 penduduk Kampung Koiboton, Sugut di sini menerima rawatan pergigian percuma menerusi projek anjuran Kelab Rotary Sandakan Utara, dengan kerjasama Wilmar Plantation Sdn Bhd dan Jabatan Pergigian Sandakan.

Projek yang diadakan baru-baru ini menyaksikan sepasukan profesional pergigian yang berdedikasi menyediakan pemeriksaan dan rawatan pergigian komprehensif kepada penduduk kampung itu.

Advertisement
Acara itu bertujuan untuk mempromosikan kesihatan dan penjagaan kebersihan mulut dalam kalangan penduduk kampung, sambil menawarkan pemeriksaan dan rawatan pergigian yang amat diperlukan.

Selain itu, mereka memberi pendidikan penjagaan mulut yang berharga kepada orang dewasa dan kanak-kanak, menekankan kepentingan memberus gigi dan flos secara berkala untuk mengekalkan kesihatan gigi yang baik.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Acara kemuncak adalah sesi interaktif bersama kanak-kanak. Pakar pergigian menunjukkan teknik memberus gigi yang betul dan mengedarkan berus gigi kepada kanak-kanak, memastikan mereka memahami kepentingan menjaga kebersihan mulut sejak kecil.

Projek itu juga menyaksikan penyertaan ahli Kelab Interact dari Sekolah Menengah Yu Yuan, yang bergabung tenaga dengan ahli Kelab Rotary untuk membuat perubahan dalam kehidupan penduduk kampung.

Advertisement
Penglibatan awal dalam kerja sosial sukarela ini bukan sahaja memberikan pelajar pengalaman pembelajaran yang unik, tetapi juga memupuk rasa empati dan khidmat masyarakat dalam kalangan mereka.

Kelab Rotary Sandakan Utara, Wilmar Sapi Plantation, dan Jabatan Pergigian Sandakan berterima kasih kerana diberi peluang untuk membuat perubahan positif dalam kehidupan penduduk di Kampung Koiboton.

Advertisement
Mereka komited untuk meneruskan usaha mereka dalam mempromosi kesihatan dan penjagaan kebersihan mulut dalam kalangan masyarakat, dan menantikan projek akan datang yang akan memberi manfaat kepada penduduk Sandakan dan kawasan sekitarnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here