Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Tukar Ketua Menteri kepada Premier: PPN Sabah
Published on: Saturday, October 21, 2023
Published on: Sat, Oct 21, 2023
Text Size:
Text:
Tukar Ketua Menteri kepada Premier: PPN Sabah
Nazri berkata, selaras dengan semangat Borneo dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), Sabah perlu mengikut jejak langkah Sarawak yang kini menggunakan Premier.
Kota Kinabalu: Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Sabah menyambut baik cadangan menamakan semula jawatan Ketua Menteri kepada Premier seperti Sarawak.

Pengerusinya, Datuk Mohd Nazri Abdullah berkata, selaras dengan semangat Borneo dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), Sabah perlu mengikut jejak langkah Sarawak yang kini menggunakan Premier.

Advertisement
“Sudah tiba masanya Sabah turut mengambil tindakan dan langkah yang sama menamakan semua jawatan Ketua Menteri kepada Premier memandangkan Sabah dan Sarawak merupakan dua wilayah yang bersama-sama membentuk negara Malaysia.

“Tanpa wilayah Sabah dan Sarawak, maka tiada negara Malaysia. Yang ada hanya  Semenanjung Tanah Melayu (Malaya). Justeru menamakan semula jawatan Ketua Menteri kepada Premier amat penting kerana ia akan menjadikan Sabah lebih dihormati sebagai sebuah wilayah yang setaraf dengan Semenanjung,” katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor Rabu lepas mengenai cadangan menamakan semula jawatan itu dalam siri artikel sempena tahun ketiga beliau memegang jawatan Ketua Menteri yang diterbitkan oleh akhbar ini. 

Hajiji dilaporkan sebagai berkata, cadangan sama ada Sabah akan menamakan semula jawatan itu kepada Premier seperti Sarawak, turut dibincangkan.

Advertisement
“Sesetengah orang mahukan ‘Premier’ manakala yang lain lebih suka ‘Ketua Menteri’.

“Sarawak telah meminda Perlembagaan Sarawak bagi maksud ini dan walaupun Persekutuan masih belum mengubah Perlembagaan Persekutuan, mereka sudah mengiktiraf dan menghormati keputusan Sarawak,” katanya.

Advertisement
Mohd Nazri berkata, tindakan Sabah mengikut jejak langkah Sarawak sudah pasti akan memudahkan Kerajaan Persekutuan mengiktiraf kedua-dua negeri sebagai wilayah yang setaraf dengan Semenanjung.

Beliau berpendapat,  Kerajaan Madani pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Panglima Anwar Ibrahim sudah pasti tidak keberatan memberi pengiktirafan kepada wilayah Borneo dan  mengubah Perlembagaan Persekutuan sekiranya Sabah telah berbuat demikian seperti Sarawak.

Katanya, Anwar telah berulang kali beri jaminan akan melaksanakan segala perjanjian yang telah dimenterai dalam MA63.

“Tanggungjawab saya adalah melaksanakan janji dan perjanjian yang telah menterai oleh pemimpin dan pejuang negara semasa pembentukan Malaysia untuk diselesaikan.

“Beberapa perkara lain yang termaktub saya telah beri jaminan bukan untuk dirunding, tetapi untuk dilaksanakan,” Anwar dilaporkan sebagai berkata.

Mohd Nazri juga menyambut baik cadangan Hajiji untuk menaikkan martabat Pembantu Menteri dengan menamakan mereka sebagai Timbalan Menteri dan menambah bilangan kementerian dari 11 ketika ini kepada 14.

Menurut Hajiji, beliau telah mencadangkan perkara itu dan Kabinet Negeri telah bersetuju dan berharap rang undang-undang berkaitan dapat dibentangkan di Dewan Undangan Negeri pada masa yang sesuai.

“Pindaan Perlembagaan Negeri memerlukan kelulusan dua pertiga dalam DUN, oleh itu saya mengharapkan sokongan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri. Timbalan Menteri membawa makna lebih penting dan kedengaran lebih baik,” kata Hajiji mengulas rasional pertukaran nama itu.

Menurut Mohd.Nazri, Sabah merupakan sebuah wilayah yang begitu luas dan memerlukan lebih banyak kementerian yang khusus diwujudkan untuk memenuhi keperluan pembangunan dan kemajuan negeri ini.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here