Kota Kinabalu: Seorang pemilik syarikat telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu berkaitan set pembekalan peralatan penyelaman berjumlah kira-kira RM18,000.
Pemilik syarikat yang berusia lingkungan 40an itu ditahan semalam kira-kira jam 11 malam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah, menurut kenyataan media.
Suspek lelaki dipercayai membuat tuntutan palsu pada 2019 sedangkan tiada pembekalan dibuat kepada sebuah lembaga pemegang amanah di Sabah.