Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Kejohanan Snuker Jemputan TKC ke-14 pada 16-26 November
Published on: Sunday, October 22, 2023
Published on: Sun, Oct 22, 2023
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Kejohanan Snuker Jemputan TKC ke-14 pada 16-26 November
BRANDON (keempat dari kanan) bersama ahli jawatankuasa penganjur selepas sidang media pada Sabtu.
Kota Kinabalu: Kejohanan Snuker Jemputan TKC Ke-14 anjuran The Kinabalu Club (TKC) dijadualkan berlangsung di rumah kelabnya di sini dari 16-26 November.

Pengarah kejohanan Dr Brandon Patrick Senagang yang juga pengadil snuker Konfederasi Sukan Biliard Asia (ACBS) berkata jumlah hadiah wang kekal RM10,000 tahun ini.

Advertisement
Juara akan membawa pulang RM4,500, sementara naib juara menerima RM2,000, manakala RM500 dan RM250 masing-masing bagi pasukan yang kalah separuh akhir dan suku akhir, dan mereka yang layak ke peringkat 16 terakhir juga layak menerima RM100 setiap seorang.

Terdapat juga hadiah wang tunai untuk ‘highest break’ (melebihi 60 mata) sebanyak RM500 selain hadiah ‘highest century break’ sebanyak RM700.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menurut Brandon, tujuan utama pertandingan itu adalah untuk membantu mempromosikan sukan itu.

“Kejohanan kalah mati ini hanya terbuka kepada penduduk di Sabah dengan yuran pendaftaran sebanyak RM70.

Advertisement
“Pelajar di bawah umur 18 tahun bebas untuk mengambil bahagian dalam usaha kami untuk menggalakkan lebih ramai anak muda menceburi sukan ini,” katanya pada sidang media pada Sabtu.

Tarikh tutup adalah pada 9 November dan pihak yang berminat digesa mendaftar melalui Whatsapp 016-6404514.

Advertisement
Sementara itu, juara bertahan Jamal Jailani dan naib juara tahun lalu Sheldon Senagang adalah antara nama terkemuka yang dijangka mengambil bahagian dalam kejohanan selama 11 hari itu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here