Kota Kinabalu: Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Wilayah Sabah mengekalkan pencapaian kadar bayaran balik pinjaman (KBBP) 99.9 peratus daripada pesertanya dari Januari hingga September tahun ini.
Pengarah AIM Sabah, Jahinin Siman berkata, jumlah memberangsangkan itu membuktikan komitmen Sahabat Usahawan AIM dalam melunaskan pinjaman tepat masanya.
Katanya, situasi itu juga jelas menunjukkan AIM memainkan peranan baik selaras dengan objektif penubuhannya bagi memperkasa sosio-ekonomi golongan wanita di negara ini.
Advertisement





