Kuala Lumpur: Dua pemain badminton muda Sabah akan mewakili Malaysia pada Kejohanan Yonex Singha-Qingdao Jinyuan-BTYyang akan berlangsung di Sekolah Badminton Banthongyord di Bangkok, Thailand mulai 4 November ini.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor memuji pencapaian Tia Sharee Quiban, 11 dan Zen Isaac Quiban, 8.
“Saya mendoakan yang terbaik untuk kamu dan membanggakan Malaysia dan Sabah,” katanya ketika bertemu adik-beradik itu di sini pada Isnin.
Tia dan Zen yang menetap di Putrajaya menjalani latihan di bawah bimbingan jurulatih profesional di Kelab Badminton Nusa Mahsuri dan Kelab Badminton Serdang.