Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Laksana aktiviti mengikut perlembagaan persatuan: Yusof
Published on: Tuesday, October 24, 2023
Published on: Tue, Oct 24, 2023
By: Marutin Ansiung
Text Size:
Text:
Laksana aktiviti mengikut perlembagaan persatuan: Yusof
Nurfasiha (ke-11 dari kanan) bersama pemimpin-pemimpin persatuan etnik dan kebudayaan daerah Sipitang yang hadir pada majlis itu.
SIPITANG: Setiap persatuan yang berdaftar dengan Pendaftar Persatuan (RoS) perlu melaksanakan aktiviti mengikut tujuan persatuan seperti yang terkandung dalam perlembagaan persatuan.

Ahli Parlimen Sipitang Datuk Dr Yusof Yacob, berkata fokus utama persatuan adalah untuk menjaga dan memartabatkan ahli serta masyarakat.

Advertisement
Yusof yang juga Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad berkata, ahli-ahli persatuan menyokong dan menyertai persatuan kerana inginkan khidmat serta faedah daripada persatuan itu.

Justeru itu katanya, tanggungjawab utama Presiden atau Yang Dipertua atau Setiausaha persatuan adalah untuk menyusun, mengatur tadbir urus persatuan supaya ada faedah kepada ahli dan masyarakat.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Yusof berkata ketika berucap pada majlis Makan Amal Persatuan Keluarga Keturunan Pahlawan Ontoros @ Antenom (Pusaka) di dewan serbaguna Sipitang.

Teks ucapan beliau disampai Penolong Pegawai Pembangunan Daerah Sipitang Nurfasiha Masri.

Advertisement
Beliau berkata, di Sabah begitu banyak persatuan-persatuan yang bergerak sebagai Badan Bukan Kerajaan (NGO).

“Kita ada ratusan persatuan yang bergerak, setiap persatuan ada AJK atau AMT dan ahli-ahli. Mereka inilah yang perlu bergerak mengikut kehendak perlembagaan masing-masing.
Advertisement
“Mereka jugalah yang menjadi penggerak dan ahli pemikir bagi memastikan ahli-ahli serta masyarakat yang terlibat dapat pembelaan,” jelasnya.

Yusof turut mengalu-alukan kehadiran ahli-ahli Pusaka kerana memilih daerah Sipitang sebagai tempat mengadakan aktiviti persatuan.

Aktiviti ini katanya, bukan sahaja dapat memberi peluang kepada ahli-ahli persatuan atau keluarga Pusaka berkunjung di daerah itu tetapi ia sekali gus menambah kuasa beli di daerah ini.

“Tahniah kepada Pusaka kerana mengadakan program Dialog Profesionalisme (Pendidikan dan Kerjaya). Tahniah kerana telah menerapkan Pendidikan dan Latihan sebagai sebahagian daripada aktiviti persatuan,” katanya.

Beliau berkata, ramai ahli dikalangan belia atau anak muda yang perlu dipandu, dididik dan dibekalkan dengan berbagai ilmu kemahiran yang diperlukan zaman ini.

Melalui persatuan katanya, beliau memang mengharapkan supaya tiada belia tercicir atau terlepas pandang.

“Kita perlu rakyat di negeri ini berilmu dan berkemahiran. Sabah ada segala-galanya untuk kita maju, cuma kita semua mesti kerja kuat dan ada ilmu,” tegasnya.

Katanya, kalau semua pemimpin-pemimpin, pegawai-pegawai kerajaan dan pemimpin-pemimpin NGO ambil peranan masing-masing, pembangunan Sabah boleh dipercepatkan.

“Kita sudah jauh ketinggalan berbanding berbanding Semenanjung, kita juga sudah ketinggalan berbanding rakan kita Sarawak. Oleh itu cara berfikir orang Sabah juga perlu berubah. Kita kena belajar dengan Sarawak,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here