Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Rawatan percuma hospital bagi penduduk Paitan
Published on: Wednesday, October 25, 2023
Published on: Wed, Oct 25, 2023
By: Clarence Dol
Text Size:
Text:
Rawatan percuma hospital bagi penduduk Paitan
PESAKIT yang diwadkan di Hospital Pitas dan Kota Marudu akan menikmati rawatan perubatan percuma.
PAITAN: Penduduk di sini yang menerima rawatan di Hospital Pitas dan Kota Marudu kini boleh menikmati rawatan perubatan percuma – hasil Program Bantuan Pembiayaan Bil Hospital.

Adun Sugut Datuk James Ratib, yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Negeri berkata, program itu ditujukan kepada mereka yang beralamat di Paitan.

Advertisement
Di bawah program itu, pesakit yang dibenarkan pulang tidak perlu lagi membayar sebarang bil di kaunter Hospital Pitas dan Kota Marudu.

Beliau berharap inisiatif itu dapat memberi kelegaan kepada mereka yang sakit, di sini, terutamanya dari kampung yang jauh.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kita akan terus melakukan apa yang termampu untuk membantu rakyat, khususnya di kawasan saya, Sugut. Jika ada apa-apa yang perlu dipertimbangkan, boleh laporkan kepada saya,” katanya ketika ditemui sempena Sambutan Maulidur Rasul peringkat Daerah Paitan bagi Tahun Hijrah 1445 yang diadakan di dewan Pejabat Daerah Paitan, baru-baru ini.

“Sudah tentu ini akan memberi bantuan besar kepada penduduk setempat di Paitan. Kami berharap agar kerjasama sebegini lambat-laun dapat dilakukan di hospital kerajaan yang lain juga,” kata salah seorang yang hadir pada program itu.

Advertisement
Sementara itu, James yang juga Exco Kesihatan Sabah berharap inisiatif itu menjadi berita gembira kepada semua warga Paitan, khususnya golongan kurang berkemampuan.

James berkata, sebelum ini keistimewaan seperti itu hanya dinikmati pesakit di Hospital Ranau yang memiliki kad pengenalan beralamat di Ranau, hasil inisiatif Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin.

Advertisement
“Kini, penduduk Paitan dari segenap pelusuk kampung, dekat atau jauh, tidak lagi perlu risau dengan kos rawatan di Hospital Pitas dan Kota Marudu apabila mereka dimasukkan sebagai pesakit dalam.

“Kami menyasarkan untuk Program Bantuan Pembiayaan Bil Hospital bagi Pesakit Dalam dimulakan segera mulai hari ini. Saya akan berjumpa dengan pengarah kedua-dua hospital berkenaan perkara ini,” jelasnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here