Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Lelaki didakwa cederakan anak saudara dirujuk ke Hospital Mesra
Published on: Wednesday, October 25, 2023
Published on: Wed, Oct 25, 2023
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Lelaki didakwa cederakan anak saudara dirujuk ke Hospital Mesra
Ali didakwa menyebabkan kecederaan kepada kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun itu menggunakan pisau antara 10.30 pagi hingga 11 pagi pada 29 Sept tahun ini di sebuah rumah di Kg Contoh, Kuala Petagas, Putatan.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 32 tahun yang didakwa sengaja menyebabkan kecederaan kepada anak saudaranya menggunakan pisau, diarah dirujuk ke Hospital Mesra di Bukit Padang untuk pemeriksaan mental.

Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan membuat perintah itu untuk Ali Darman pada Selasa.

Advertisement
Mahkamah menetapkan 27 Nov untuk sebutan kes bagi menyemak keputusan daripada hospital.

Ali didakwa menyebabkan kecederaan kepada kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun itu menggunakan pisau antara 10.30 pagi hingga 11 pagi pada 29 Sept tahun ini di sebuah rumah di Kg Contoh, Kuala Petagas, Putatan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dia telah meminta dibicarakan atas kesalahan itu mengikut Seksyen 324/326A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan dengan sebat, atau dengan denda, atau dengan mana-mana dua hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Sementara menunggu tarikh itu, mahkamah memerintahkan Ali ditahan reman lanjut.

Advertisement
Timbalan Pendakwa Raya Dacia Jane Romanus hadir untuk pendakwaan manakala Ali tidak diwakili.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here