Kota Kinabalu: Pemain badminton Sabah, Datu Anif Isaac Datu Asrah memenangi pingat perak untuk Malaysia dalam acara beregu campuran pada Kejohanan Badminton Asia Bawah-17 yang berlangsung di Chengdu, China pada hujung minggu lalu.
Pemain berusia 16 tahun itu bergandingan dengan Dania Sofea dari Johor dan mereka memberikan tentangan hebat sebelum tewas kepada pasangan dari China, Liu Jun Rong dan Chen Fan Su Tian 15-21, 21-19, 11-21 pada perlawanan akhir.
Pasangan bukan pilihan itu sebelum itu menewaskan ALexius Ongkytama Subagio dan Riska Anggraini dari Indonesia 21-14,21-18 pada separuh akhir.
Anif turut mengambil bahagian dalam acara perseorangan tetapi tersingkir pada pusingan pertama selepas tewas kepada pemain China Taipei, Chen Yu Cheng dalam tiga set 17-21, 21-13, 18-21.