Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Sandakan wajar diisytihar Zon Ekonomi Khas: MP
Published on: Thursday, October 26, 2023
Published on: Thu, Oct 26, 2023
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Sandakan wajar diisytihar Zon Ekonomi Khas: MP
Vivian turut menyatakan, awal tahun lepas, Petronas telah memulakan operasi penampungan Gas Asli Cecair (LNG Bunkering) pertama di Sabah di luar pantai Sandakan, menjadikan Sandakan pelabuhan penting yang melayani kapal yang berlayar antara Australia dan Asia Utara. 
SANDAKAN: Sandakan wajar diisytiharkan sebagai Zon Ekonomi Khas bagi bersaing dengan pewujudan Nusantara, sekali gus menikmati Kelebihan Penggerak Utama (First Mover Advantage).Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong Shir Yee berkata, Sandakan bukan sahaja mempunyai sumber semula jadi yang banyak tetapi juga terletak secara strategik di tengah-tengah wilayah Kawasan Pertumbuhan Asean Timur melibatkan negara Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Filipina (BIMP-EAGA).

Advertisement
“Dengan kemunculan Nusantara di Kalimantan Tengah, ia pasti akan menjadi magnet atau tarikan bagi pekerja mahir dan profesional kerana peluang berlimpah di ibu kota baharu itu.
“Bersama-sama dengan infrastruktur dan kemudahan mereka yang baru dibangunkan, ia berkemungkinan akan menjadi pusat tumpuan baharu bagi seluruh Pulau Borneo.
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Oleh itu, Malaysia, khususnya Sabah dan Sarawak berisiko untuk rugi jika kita hanya bersifat tunggu dan duduk sahaja,” katanya. Vivian berkata demikian semasa Perbahasan Belajawan 2024 (Peringkat Dasar) dalam Dewan Rakyat pada Selasa.
Advertisement
Jelas Vivian, kerajaan juga perlu membangunkan  kelebihan sedia ada yang Sandakan miliki, bagi mengelak Malaysia daripada ketinggalan manfaat pembangunan menerusi pewujudan ibu negara baharu Indonesia.

Sebagai gambaran lebih lanjut, Vivian berkata daerah Sandakan telah menjadi pengeluar minyak sawit mentah (CPO) utama di Sabah dan Sarawak, dengan pelabuhan Sandakan juga menjadi salah satu pelabuhan eksport CPO terbesar di negeri ini.
Advertisement
“Oleh itu, Zon Ekonomi Khas Sandakan boleh dijadikan sebagai hab pengeksport produk hiliran CPO dan minyak sawit utama untuk seluruh wilayah BIMP-EAGA. “Bergerak ke hadapan dalam proses hiliran minyak sawit ini juga sejajar dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) yang diumumkan baru-baru ini, yang bertujuan untuk membawa peningkatan kepada Malaysia menerusi rantaian nilai perindustrian,” ulasnya lagi. Vivian turut menyatakan, awal tahun lepas, Petronas telah memulakan operasi penampungan Gas Asli Cecair (LNG Bunkering) pertama di Sabah di luar pantai Sandakan, menjadikan Sandakan pelabuhan penting yang melayani kapal yang berlayar antara Australia dan Asia Utara. “Bersama-sama dengan Petronas dan pihak berkepentingan industri lain, kerajaan boleh terus membangunkan Sandakan menjadi hab bunker bahan api hijau utama untuk Selat Makassar, seterusnya juga akan meningkatkan reputasi Malaysia sebagai negara perdagangan maritim utama,” kata Vivian. Selain itu, penambahbaikan kepada pelabuhan Sandakan dan dasar mesra import-eksport di bawah status Zon Ekonomi Khas membolehkan pelabuhan Sandakan berpotensi untuk menjadi hab pemindahan penghantaran bagi Wilayah BIMP-EAGA, serta Sulawesi dan Papua New Guinea.

“Ini boleh mendorong Sandakan untuk menjadi pusat maritim utama di sepanjang Selat Makassar, bagi pemindahan kargo, pembaikan kapal dan perkhidmatan lain yang berkaitan seperti logistik, perdagangan dan juga membangun ekonomi setempat. “Sekali gus akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dengan gaji yang lebih baik untuk rakyat Malaysia. “Oleh itu, kita perlu bergerak pantas untuk menikmati kelebihan penggerak pertama sebelum jiran kita Indonesia mengejar kita dan meninggalkan kita jauh di belakang dalam persaingan ekonomi global ini,” katanya. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here