Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Kes bunuh: Dua lelaki dapat peluang kedua, hanya dipenjara
Published on: Thursday, October 26, 2023
Published on: Thu, Oct 26, 2023
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Kes bunuh: Dua lelaki dapat peluang kedua, hanya dipenjara
Dia dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi pada 17 Mei 2018 dan Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman itu pada 13 Mei 2019.
Kota Kinabalu: Dua lelaki yang masing-masing dijatuhi hukuman mati atas pertuduhan membunuh, mendapat peluang hidup kedua apabila hukuman mereka ditukar kepada hukuman penjara sahaja oleh Mahkamah Persekutuan pada Rabu.

Panel Hakim Datuk Rhodzariah Bujang, Datuk Nordin Hassan, dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil sebulat suara menjatuhkan hukuman itu kepada Mohd Azmin Lidin, 36, dan Sani Puah, 68, selepas mendengar kes masing-masing.

Advertisement
Mohd Azmin dijatuhi hukuman penjara 33 tahun dan dikenakan 12 sebatan kerana membunuh Yaacob Nasran, 18, antara 3.30 pagi dan 4.30 pagi pada 15 Dis 2016 di luar Siam Thai Bar di Jalan Asia City, Star City, di sini.

Mahkamah memerintahkan Mohd Azmin menjalani hukuman penjara itu mulai 16 Dis 2016.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dia dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi pada 17 Mei 2018 dan Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman itu pada 13 Mei 2019.

Terdahulu, pihak pendakwaan memaklumkan bahawa surat representasi tertuduh bagi menggantikan hukuman mati mandatori kepada hukuman penjara diterima, dengan wujudnya Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023, dengan syarat tertuduh akan menarik balik rayuan terhadap sabitan kesalahannya.

Advertisement
Mohd Azmin telah menarik balik rayuan pensabitannya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Tetralina Ahmad Fauzi manakala peguam Hamid Ismail mewakili Mohd Azmin.

Advertisement
Sementara itu, Sani dipenjara 33 tahun kerana membunuh Likap Maidar, 54, antara 8 pagi dan 9.30 pagi pada 29 Okt 2016 di Ladang Chong Su Min di Kg Sinar Jaya, Kinabatangan.

Mahkamah Persekutuan memerintahkan Sani menjalani hukuman penjara itu mulai 29 Okt 2016.

Sani dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi pada 24 Jan 2020 dan hukuman itu dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan pada 24 Jan 2022.

Pendakwaan dikendalikan oleh DPP Nahra Dollah manakala Sani diwakili peguam Zaleha Mohd Yusuf.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here