Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Mavcom keluar surat tunjuk sebab terhadap MYAirline
Published on: Thursday, October 26, 2023
Published on: Thu, Oct 26, 2023
By: FMT
Text Size:
Text:
Mavcom keluar surat tunjuk sebab terhadap MYAirline
Mavcom sedang menyiasat MYAirline dengan lebih lanjut untuk sebarang kemungkinan pelanggaran syarat Lesen Perkhidmatan Udara. (Gambar AP)
PETALING JAYA:  Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) membuka siasatan terhadap MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) dan mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada syarikat itu susulan pengumuman penangguhan operasi 12 Okt lalu.

Mavcom berkata, surat tunjuk sebab itu menyatakan kegagalan MYAirline untuk memenuhi syarat Lesen Perkhidmatan Udara (ASL), termasuk pembayaran gaji dan faedah pekerja yang masih belum dijelaskan.

Advertisement
Selain itu, syarikat penerbangan tersebut diperintah mengemukakan penjelasan bertulis sebelum 27 Okt.

“Sebaik menerima penjelasan bertulis MYAirline, Mavcom akan menilai sama ada ia layak untuk kekal sebagai pemegang ASL, atau sama ada ASL MYAirline harus digantung atau dibatalkan menurut Seksyen 43(1) Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 [Akta 771].

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Mavcom bakal mengumumkan maklumat terkini berkaitan siasatan tersebut minggu depan,” katanya dalam kenyataan.

Mavcom juga sedang menyiasat MYAirline dengan lebih lanjut untuk sebarang kemungkinan pelanggaran syarat ASL.

Advertisement
Mengenai bayaran balik kepada pengguna terjejas pula, Mavcom sudah berhubung dengan pelbagai agensi termasuk Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengusahakan semua pilihan yang berkemungkinan dalam mendapatkan bayaran balik itu.

“Mavcom akan memaklumkan sebarang kemas kini dengan bayaran balik sewajarnya,” katanya.

Advertisement
Sementara itu, Mavcom turut menubuhkan pasukan petugas bagi menyiasat bayaran balik penumpang yang terjejas dan memberi cadangan mengenai langkah seterusnya.

“Walaupun rangka kerja kelulusan pelesenan sedia ada yang terpakai kepada semua pemegang lesen baharu dan sedia ada adalah komprehensif, pasukan petugas akan turut menyemak semula rangka berkenaan bagi sebarang penambahbaikan,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here