Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
ST12, Nidji pukau hampir 4,000 peminat: Penampilan mengejut Amy Search turut gamatkan SICC
Published on: Friday, October 27, 2023
Published on: Fri, Oct 27, 2023
By: Kazalinah Kamaludin
Text Size:
Text:
ST12, Nidji pukau hampir 4,000 peminat: Penampilan mengejut Amy Search turut gamatkan SICC
PENONTON teruja dapat mendekati Aris Idol, selaku vokalis ST12 pada konsert itu. AMY bergambar bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Ir Safar Untong dan isteri yang turut menghadiri konsert itu.
SELEPAS menjanjikan persembahan istimewa untuk konsert pertama mereka di bumi Sabah, ST12 dan Nidji nyata menunaikan janji yang dilafazkan apabila menampilkan aksi bertenaga di hadapan hampir 4,000 peminat yang menggamatkan Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Sabtu lalu.

Walaupun kedua-dua band dari Indonesia itu tidak lagi bersama vokalis asal masing-masing, ia langsung tidak melunturkan keterujaan peminat yang hadir.

Advertisement
Bahkan, kehadiran penyanyi rock legenda negara Datuk Amy Search yang membuat kejutan pada malam itu menjadikan konsert anjuran ZR Project dan MW Pertama itu lebih istimewa.

Kehadiran Amy, yang sebelum itu menjayakan persembahan pada Program Sentuhan Agro Madani Negeri Sabah di Kompleks Likas, Kota Kinabalu, bagaikan menyuntik tenaga baharu kepada penonton apabila muncul di atas pentas menyanyikan lagu popular kumpulan Search, Isabella bersama ST12.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here