Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Agong ke-17: Sabah ucap tahniah kepada Sultan Johor
Published on: Saturday, October 28, 2023
Published on: Sat, Oct 28, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Agong ke-17: Sabah ucap tahniah kepada Sultan Johor
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mewakili rakyat Sabah merafak sembah ucapan tahniah kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar kerana dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.
Kota Kinabalu: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mewakili rakyat Sabah merafak sembah ucapan tahniah kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar kerana dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17, pada Jumaat.

“Rakyat Sabah mengalu-alukan dan mendoakan kesejahteraan baginda,” katanya kepada Bernama menerusi kenyataan pada Jumaat.

Advertisement
Ketua Menteri itu juga menzahirkan terima kasih rakyat Sabah kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah khususnya untuk lawatan Seri Paduka Baginda ke Sabah dalam Kembara Kenali Borneo bulan lepas.

“Kami di Sabah akan sentiasa mengingati Seri Paduka, Raja Permaisuri Agong (Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah) dan keluarga Seri Paduka Baginda Berdua yang tidak sombong dan dekat dengan rakyat. Kami doakan kesihatan yang baik untuk keluarga diraja itu,” kata Hajiji.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sultan Ibrahim akan menggantikan Al-Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong berkuat kuasa 31 Jan tahun depan. 

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad dalam kenyataan hari ini memaklumkan pemilihan itu dibuat pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-263 (Khas) di Istana Negara, pada Jumaat. 

Advertisement
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dipilih sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh sama. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here