Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Minggu Solidariti Palestin di sekolah: Pemuda Upko gesa KPM kaji semula surat pekeliling
Published on: Saturday, October 28, 2023
Published on: Sat, Oct 28, 2023
Text Size:
Text:
Minggu Solidariti Palestin di sekolah: Pemuda Upko gesa KPM kaji semula surat pekeliling
“Video yang tular di media sosial amat membimbangkan kerana diadakan di sekolah. Ini sepatutnya tidak berlaku dan tidak sesuai dibuat di sekolah terutamanya sekolah rendah kerana mereka tidak tahu dan tidak faham apa-apa mengenai isu keganasan dunia luar,” kata Felix.
Pergerakan Pemuda Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) meminta Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengkaji semula arahan pelaksanaan Minggu Solidariti Palestin di institusi pendidikan di bawah KPM.

Ketuanya Felix Joseph Saang berkata, ini penting kerana timbul kerisauan dalam kalangan orang ramai terutamanya ibu bapa mengenai kesan terhadap pelajar sekolah apabila dipertontonkan dengan ‘keganasan’ seperti yang tular di media sosial.

Advertisement
“Kita seharusnya mendidik murid-murid kita berdoa untuk keamanan sejagat tanpa mengira fahaman agama. Solidariti melalui doa lebih bermakna.

“Apa yang kita inginkan ialah kita mahu peperangan Israel – Palestin dihentikan segera. Kita terus berdoa untuk rakyat Palestin dan rakyat Israel.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Oleh itu, saya berharap KPM dapat mengkaji semula surat pekeliling itu bagi menjaga keharmonian dan keamanan dengan mengambil kira sensitiviti masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara ini,” katanya dalam kenyataan, di sini, pada Jumaat.

Beliau berkata demikian bagi mengulas video tular di media sosial mengenai aktiviti Minggu Solidariti Palastin yang diadakan di sekolah.

Advertisement
Felix berkata, sebagai bapa, beliau tidak mahu mengajar anaknya mengenai kebencian.

“Sekolah adalah tempat kita mengajar dan mendidik anak-anak kita nilai-nilai murni, perkara yang baik-baik seperti yang diajar dalam mata pelajaran Pendidikan Moral,” katanya.

Advertisement
Felix turut menyifatkan isu Paletin - Israel sebagai ‘bencana kemanusiaan’ yang menyebabkan kehilangan nyawa tidak mengira bangsa dan agama. 

“Saya sedih apabila melihat kemusnahan dan kehilangan nyawa disebabkan oleh peperangan. Bencana Kemanusiaan ini tidak sepatutnya diraikan dan digalakan oleh sesiapapun walau di mana kita berada. Saya juga percaya, tidak semua penduduk Israel menyokong keganasan,” katanya.

Katanya lagi, anak-anak di sekolah diajar bersolidariti bersama satu pihak saja dan membenci pihak lain satu tindakan yang kurang wajar.

“Anak-anak umpama kain putih yang perlu dicorakkan dengan nilai-nilai murni. Mereka perlu diajar menyayangi antara satu sama lain, menghargai nyawa walau siapa pun mereka, berbelas kasihan antara manusia tanpa pilih kasih.

“Video yang tular di media sosial amat membimbangkan kerana diadakan di sekolah. Ini sepatutnya tidak berlaku dan tidak sesuai dibuat di sekolah terutamanya sekolah rendah kerana mereka tidak tahu dan tidak faham apa-apa mengenai isu keganasan dunia luar,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here