Kota Kinabalu: Dua belas petinju akan mewakili negeri pada kejohanan Piala Malaysia anjuran Persekutuan Tinju Malaysia yang dijadualkan bermula hari ini (29 Oktober) hingga 4 November di Nilai, Negeri Sembilan.
Mereka ialah Jack Phoon Yan Jie (75kg), Vallent Piere Peter (80kg), Steverine Marcus (60kg), Jeamsson Johnny (63.5kg), Nick Auddrey (71kg), Mohd. Fareez Salleh Lamsin (92+kg), Joel Nikolson ( 67kg), Ariffin Medin (51kg), Mohd. Ameero Haiqal (48kg), Joel Evekly Jain (54kg), Khairulb Azim Nassar (57kg) dan Deanver Randel (92kg).
Presiden Persatuan Tinju Sabah Datuk Orlando Harumal yang menyerahkan bendera negeri kepada kontinjen pada satu majlis ringkas yang diadakan pada Khamis lalu di gimnasium Sabah Top Team menggesa para atlet supaya menjaga disiplin dan melakukan yang terbaik untuk Sabah.
Kontinjen yang diketuai pengurus pasukan Fabian Peter diiringi ketua jurulatih Antonio Battistesa dan jurulatih Datu Segan Adis, Raymond Peter berlepas ke ibu negara pada pagi Jumaat.