Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Penjawat awam sihat, cerdas, cekap dan berdaya saing jayakan SMJ: Hajiji
Published on: Sunday, October 29, 2023
Published on: Sun, Oct 29, 2023
Text Size:
Text:
Penjawat awam sihat, cerdas, cekap dan berdaya saing jayakan SMJ: Hajiji
HAJIJI (tengah) bersama pemenang pingat emas kejohanan itu.
Kota Kinabalu: Kerajaan negeri memerlukan penjawat awam yang sihat, cerdas, cekap dan berdaya saing bagi menjayakan Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Jabatan Ketua Menteri (JKM) sebagai organisasi utama yang menerajui pentadbiran kerajaan memerlukan tenaga kerja yang berkualiti di semua peringkat, agar mampu memberi perkhidmatan yang cepat, tepat dan berkesan kepada rakyat.

Advertisement
“Justeru, saya menggalakkan penjawat awam khususnya warga kerja JKM supaya meluangkan sedikit masa dalam jadual harian untuk bersenam. 

“Aktiviti ini bukan sahaja untuk kecergasan malah menghindarkan diri daripada pelbagai penyakit,” katanya ketika merasmikan Majlis Penutupan Pesta Sukan Muhibah JKM Ke-13 Tahun 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Jumaat malam.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menurut Hajiji, Pesta Sukan Muhibah JKM yang dimulakan pada 1999 merupakan medan terbaik rekreasi, serta menjadi tempat sesi perkongsian idea dan pendapat dalam kalangan kakitangan awam bagi memantapkan lagi organisasi masing-masing.

“Aktiviti sukan boleh dijadikan satu elemen penting dalam kehidupan bagi membina peribadi mulia dan membentuk masyarakat yang sihat, di samping mencungkil bakat-bakat dalam kalangan penjawat awam yang boleh dimanfaatkan ke peringkat yang lebih tinggi.

Advertisement
“Secara peribadi saya berpendapat pesta sukan ini merupakan manifestasi permuafakatan harmoni antara kakitangan perkhidmatan awam di bawah JKM, yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan bermasyarakat dan dalam merealisasikan kehendak dan gagasan Malaysia Madani dan Sabah Maju Jaya,” ujarnya.

Menurutnya, Pesta Sukan Muhibah JKM mampu mengeratkan lagi kerjasama, meningkatkan semangat kerja berpasukan dan kesukanan dalam warga kerja JKM, sekali gus menggalakkan dan membudayakan gaya hidup sihat melalui aktiviti sukan.

Advertisement
Sebanyak 10 jenis sukan dipertandingkan dalam kejohanan sukan dwi-tahunan itu, yang disertai oleh enam pasukan iaitu Jabatan Ketua Menteri (Perdana), Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Jabatan Tanah dan Ukur, Jabatan Perhutanan Sabah, Yayasan Sabah dan Sawit Kinabalu. 

Pada majlis tersebut, DBKK dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan Pesta Sukan Muhibah JKM yang memenangi sembilan Pingat Emas dan satu Pingat Perak manakala Kumpulan Yayasan Sabah di tempat kedua (satu Emas, tiga Perak dan dua Gangsa) manakala Jabatan Tanah dan Ukur di tempat ketiga (satu Emas dan empat Gangsa).

Hajiji turut menyampaikan hadiah bagi Pertandingan Video Pendek Integriti JKM 2023 yang dimenangi CCD Studio daripada Kumpulan Yayasan Sabah, manakala Kumpulan Rimba (Jabatan Perhutanan Sabah) di tempat kedua dan Kumpulan GnK (Jabatan Perkhidmatan Awam Sabah) di tempat ketiga. 

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Kadzim M. Yahya, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr. Safar Untong, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Datuk Dr Ahemad Sade merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Kejohanan Pesta Sukan Muhibah JKM Ke-13, Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation, Datuk Jasnih Daya serta Pengarah Yayasan Sabah merangkap Pengerusi Pelaksana Majlis Penutupan Pesta Sukan Muhibah JKM Ke-13, Datuk Seri Gulamhaidar Khan Bahadar.  
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here