Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Warga KKR Sabah digesa terus beri perkhidmatan terbaik
Published on: Sunday, October 29, 2023
Published on: Sun, Oct 29, 2023
Text Size:
Text:
Warga KKR Sabah digesa terus beri perkhidmatan terbaik
SHAHELMEY (duduk, tengah) bersama warga KKRS ketika merakamkan gambar kenangan pada majlis tersebut.
Kota Kinabalu: Warga Kementerian Kerja Raya (KKR) Sabah diseru untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik buat semua lapisan masyarakat.

Menterinya, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata ia bagi memastikan jentera kerajaan dapat bergerak dengan berkesan, melaksanakan dasar dan menjayakan setiap aspirasi yang disusun kerajaan.

Advertisement
“Ekspektasi pelanggan atau rakyat terhadap kementerian ini, hari demi hari semakin tinggi dan keadaan ini sudah tentunya mendesak kita membuat pembaharuan yang berterusan. 

“Ini juga bagi memastikan kita sentiasa dan terus relevan, responsif, berkesan serta ke hadapan. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Jadikan budaya kerja yang efisien, berkualiti serta berintegriti dalam memberikan perkhidmatan kepada masyarakat untuk bersama-sama menjayakan dasar-dasar kerajaan demi untuk pembangunan dan kesejahteraan semua,” katanya pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2022 KKRS, pada Jumaat.

Dalam pada itu, Shahelmey turut berharap agar seluruh warga kerja KKRS dan semua jabatan di bawahnya dapat meneruskan kerjasama yang baik dan sentiasa menyokong di antara satu dengan yang lain.

Advertisement
“Permuafakatan ini merupakan faktor yang akan membantu kita dalam memberi perkhidmatan yang baik kepada masyarakat.

“Justeru itu, marilah kita semua berganding bahu melangkah bersama, membina negeri ini khususnya dan Negara kita amnya ke arah yang lebih maju, aman dan sejahtera,” jelas beliau.

Advertisement
Pada majlis tersebut, beliau menyampaikan tiga sijil APC KKRS 2022 iaitu dua daripada Kategori Kumpulan Perkhidmatan iaitu Mohd Hasim Abd Hamid dan Daimeh Sampit, manakala bagi Kategori Kumpulan Perkhidmatan Kewangan dan Pembantu Kesetiausahaan Pejabat kepada Azeera Merin.

Hadir sama, Pembantu-pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Limus Jury dan Datuk Robert Tawik, Setiausaha Tetap, Datuk Ridhwan Roger Linus serta Timbalan Setiausaha-setiausaha Tetap, Hassan Mahali dan Jasni Abu Suffyan Omar.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here