Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Jadikan DUN platform tuntut 40 peratus: Masiung
Published on: Monday, October 30, 2023
Published on: Mon, Oct 30, 2023
Text Size:
Text:
Jadikan DUN platform tuntut 40 peratus: Masiung
Masiung mengingatkan, kegagalan kerajaan Persekutuan mengembalikan hasil 40 peratus itu akan menimbulkan kemarahan rakyat Sabah sekaligus menimbulkan persepsi bahawa pemimpin kerajaan negeri tidak bersungguh-sungguh terhadap tuntutan itu. - FMT pic
Kota Kinabalu: Seorang pemimpin kanan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) mencadangkan agar Dewan Undangan Negeri (DUN) dijadikan platform untuk menuntut bayaran balik hasil kewangan Sabah 40 peratus ‘secara berkala’ yang dikutip Kerajaan Persekutuan.

Naib Presidenya, Datuk Masiung Banah (gambar), berkata jika Putrajaya berasa sukar memulangkan serentak bayaran 40 peratus dalam masa setahun, DUN Sabah boleh menyarankan mekanisme bayaran secara berkala.

Advertisement
Dalam kenyataanya pada Ahad, Wakil Rakyat Kuamut itu mengesa Speaker DUN Sabah agar menyediakan agenda tuntutan berkala itu dalam persidangan hujung tahun ini untuk dibahaskan.

“Cadangan ini bagi memudahkan Putrajaya melaksanakan bayaran balik hasil kewangan Sabah itu yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia (MA63).

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kita beri kelonggaran kepada kerajaan Persekutuan, sama ada mahu membayar tiga atau empat kali dalam tempoh setahun sehingga mencapai angka 40 peratus,” katanya.

Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) itu kesal kerana Putrajaya sengaja melengahkan tuntutan itu sehingga rakyat Sabah terpaksa menanti selama 60 tahun.

Advertisement
Masiung mengingatkan, kegagalan kerajaan Persekutuan mengembalikan hasil 40 peratus itu akan menimbulkan kemarahan rakyat Sabah sekaligus menimbulkan persepsi bahawa pemimpin kerajaan negeri tidak bersungguh-sungguh terhadap tuntutan itu.

Menurutnya, tahun lalu kerajaan Persekutuan telah mengaut keuntungan sebanyak RM41 billion dari hasil minyak dan kastam Sabah.

Advertisement
Jumlah itu katanya, tidak termasuk hasil kutipan dari agensi lain seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), syarikat ladang sawit dan pelabuhan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here