Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Wartawan Joseph Bingkasan terima bantuan Hawana
Published on: Monday, October 30, 2023
Published on: Mon, Oct 30, 2023
By: Jinni Juanis
Text Size:
Text:
Wartawan Joseph Bingkasan terima bantuan Hawana
FAHMI (tiga dari kiri) menyerahkan bantuan kasih Hawana kepada Joseph sambil diperhatikan oleh Peto (kanan).
Kota Kinabalu: Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil meluangkan masa menyantuni bekas Ketua Bahagian Editorial New Straits Times (NST) Sabah dan Sarawak yang bertarung dengan kanser tulang di kediamannya di Kampung Kionsom, Inanam, dekat sini pada Selasa.

Joseph Bingkasan, 68, yang pernah bertugas dengan akhbar utama Sabah, Daily Express, disahkan menghidap penyakit itu sejak 2014 turut berdepan dengan masalah kegagalan buah pinggang dan penyakit darah tinggi.

Advertisement
Beliau yang mempunyai pengalaman luas dalam dunia kewartawanan, menyertai Kinabalu Sabah Times sebagai penyunting pada 1977 sebelum menyertai New Straits Times Press (NSTP) sebagai koresponden di Sabah. 

Beliau kemudian dipindahkan ke Times of Malaysia London Ltd (Pejabat NST di London).

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sekembalinya dari London, Joseph dilantik sebagai Ketua Bahagian Editorial NST Sabah dan Sarawak yang berpusat di Kuching, Sarawak sebelum dipindahkan ke Ibu Pejabat NST di Kuala Lumpur pada 2004.

Dalam kunjungan itu, Fahmi turut menyampaikan sumbangan Tabung Kasih@HAWANA kepada Joseph bagi membantu meringankan beban beliau.

Advertisement
Bercakap kepada pemberita selepas lawatan itu, Fahmi berkata Tabung Kasih@HAWANA yang diwujudkan sempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023, bertujuan menyantuni pengamal media, bekas petugas media dan wartawan veteran yang memerlukan bantuan.

“Ia merupakan inisiatif Kementerian Komunikasi dan Digital dan dilaksanakan menerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) sejak 14 April 2023 sebagai usaha berterusan membantu komuniti media yang berdepan dengan kesukaran dan cabaran hidup,” katanya.

Advertisement
Katanya setakat ini, seramai 24 pengamal media telah mendapat manfaat daripada Tabung Kasih@Hawana.

“Saya juga akan berbincang dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Inanam Datuk Peter Galim dan Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Mustapha Sakmud untuk terus membantu Joseph.

“Program ini akan terus dilaksana kepada golongan wartawan yang memerlukan. Perdana Menteri telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM1 juta untuk melaksanakan program ini,” katanya.

Fahmi kini dalam rangka lawatan kerja ke Sabah bermula Jumaat hingga hari ini.

Sementara itu, Joseph berterima kasih kerana dipilih untuk menerima bantuan daripada program berkenaan.

“Saya terharu kerana menteri sendiri datang berjumpa saya di sini walaupun keadaan jalan yang tidak baik.

“Saya juga berharap kehadiran menteri dan Adun Inanam dapat mempercepatkan untuk menaik taraf jalan masuk ke sini…jalan yang teruk memberikan kesukaran kepada kami. Minggu lepas bapa saya sakit dan ambulan tidak dapat masuk kerana jalan yang tidak baik,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here