TAWAU: Seorang lelaki pemandu kereta sapu di Semporna didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, pada Isnin atas pertuduhan menunjukkan kemaluannya kepada seorang pelajar perempuan, 14, tahun lepas.
Abdul Bustan Mohd Salleh, 59, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Rosli Ahmad ketika kertas pertuduhan dibacakan ke atasnya dan memohon untuk dibicarakan.
Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa yang dikenalinya sejak berusia tujuh tahun lagi, berhampiran kawasan Perkuburan Cina, Kg Bukit Lalang, Semporna, kira-kira jam 10.40 pagi pada 23 November 2022.