Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Danish raih tempat kedua kejohanan kebangsaan
Published on: Tuesday, October 31, 2023
Published on: Tue, Oct 31, 2023
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Danish raih tempat kedua kejohanan kebangsaan
DANISH (kanan) menerima trofinya daripada Naib Presiden Kanan Kongres Tenpin Boling Malaysia, Robert Lu.
Kota Kinabalu: Pemain boling remaja Sabah Muhammad Danish Hakim Fadzil Abd Ghani menduduki tempat kedua dalam Kejohanan Kebangsaan Piala Peter Yap 2023 yang berlangsung di Sunway Megalanes, Sunway Pyramid, Selangor pada Sabtu lalu.

Pelajar SMK Sanzac berusia 13 tahun itu menjatuhkan 638 pin dan hanya tewas dengan satu pin kepada juara, Nyak Arif Hakimi dari Pulau Pinang yang turut memenangi emas berpasukan lelaki pada Kejohanan Antara Negeri 2023 dua hari sebelumnya.

Advertisement
Ia merupakan penamat podium pertama Danish di luar negeri dan beliau menyifatkan kejayaan itu sebagai hasil sokongan ahli keluarga, rakan dan jurulatihnya.

“Saya amat bersyukur kerana mendapat tempat kedua dalam kejohanan ini. Ini juga merupakan kejayaan pertama saya di luar Sabah. Saya dapat mencapai impian saya hasil sokongan tidak berbelah bahagi daripada ibu bapa, keluarga dan rakan-rakan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Terima kasih kepada semua jurulatih yang mengajar saya sejak saya berumur sembilan tahun dan jurulatih Hafiy yang membimbing saya dari awal permainan hingga tamat semasa kejohanan,” katanya selepas perlawanan.

Presiden Persatuan Tenpin Boling Sabah, Rozzainny Sham Talip berkata ia merupakan satu kejayaan bersejarah bagi sukan itu di negeri ini kerana tiada seorang pun dari Sabah pernah menaiki podium dalam pertandingan itu sebelum ini.

Advertisement
“Danish melakukan yang terbaik untuk menduduki tempat kedua dengan menewaskan 77 pemain boling lain. Beliau juga telah mencipta sejarah sebagai anak Sabah pertama meraih penamat podium dalam kejohanan ini.

“Saya harap dia akan terus fokus dan berlatih lebih gigih lagi untuk mencapai lebih banyak kejayaan pada masa hadapan,” katanya.

Advertisement
Sementara itu. Bapa Danish, Fadzil Abd Ghani mengucapkan terima kasih kepada badan negeri, Majlis Sukan Sabah, jurulatih, sekolah dan guru-guru atas bimbingan dan sokongan mereka.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here