Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Sabah sumbang RM21.6 juta kepada sekolah-sekolah, badan-badan keagamaan bukan Islam
Published on: Tuesday, October 31, 2023
Published on: Tue, Oct 31, 2023
Text Size:
Text:
Sabah sumbang RM21.6 juta kepada sekolah-sekolah, badan-badan keagamaan bukan Islam
Menteri Kewangan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun menyerahkan sumbangan. (Gambar MOF)
Kota Kinabalu: Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, menyampaikan bantuan kewangan Kerajaan Negeri Sabah sebanyak RM21.6 juta kepada sekolah-sekolah dan badan-badan keagamaan bukan Islam bagi Zon Pantai Barat Selatan pagi ini.

Dari jumlah tersebut, RM7.77 juta diagihkan kepada 129 buah sekolah, RM10.92 juta kepada 531 buah gereja, RM2.63 juta kepada 51 buah tokong, dan RM270,000 kepada 4 buah kuil.

Advertisement
Sesi pemberian bantuan ini merupakan yang pertama untuk Zon Pantai Barat Selatan yang meliputi daerah-daerah seperti Kota Kinabalu, Penampang, dan Putatan. Ini akan diikuti dengan lima lagi sesi yang diadakan untuk zon-zon lain termasuk Pantai Barat Utara, Pedalaman Atas, Pedalaman Bawah, Pantai Timur (Sandakan) dan Pantai Timur (Tawau).

Dalam ucapan beliau, Masidi menegaskan komitmen kerajaan negeri untuk memastikan setiap sektor masyarakat Sabah mendapat manfaat yang saksama dan adil.
* Read full report in tomorrow's print paper or log in or sign up for e-paper and premium online news access.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here