Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
PGRS lebar sayap ke Labuan
Published on: Wednesday, November 01, 2023
Published on: Wed, Nov 01, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
PGRS lebar sayap ke Labuan
Mohd Ariffin turut menekankan kepentingan untuk terus mengembangkan keanggotaan parti itu menerusi pelbagai platform.
LABUAN: Parti politik berpangkalan di Sabah, Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) melebarkan sayap ke Labuan dengan 21 cawangan dan lebih 2,000 anggota.

PGRS yang diterajui Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Mohd Noor, meletakkan adik kepada bekas Ahli Parlimen Labuan Mulok Awang Damit iaitu Rosli Awang Damit untuk mengetuai bahagian Labuan.

Advertisement
Naib Presiden I PGRS Datuk Dr. Mohd Ariffin Mohd Arif berkata parti itu bekerjasama erat dengan parti komponennya iaitu Parti Bersatu Sabah (PBS) dalam usaha meraih penerimaan meluas masyarakat pelbagai kaum di pulau itu. 

“Kami mahu PGRS Labuan diterima oleh rakyat berbilang kaum di pulau ini dengan kerjasama daripada PBS di sini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan PGRS bahagian Labuan pertama di sebuah hotel di sini pada Selasa.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau optimis PGRS mempunyai kekuatan akar umbi dan percaya parti itu mampu memenangi hati rakyat di Labuan.

Mohd Ariffin turut menekankan kepentingan untuk terus mengembangkan keanggotaan parti itu menerusi pelbagai platform.

Advertisement
“Parti ini berhasrat untuk menunjukkan komitmennya kepada rakyat dan mendapatkan kepercayaan mereka, bukan sahaja di Sabah tetapi juga di Labuan.

“Perluasan PGRS ke Labuan merupakan langkah ke hadapan yang signifikan bagi parti dan pemimpinnya optimis dengan prospek di Wilayah Persekutuan ini,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here