Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Kerjasama komponen GRS perlu terus kukuh: Jeffrey
Published on: Wednesday, November 01, 2023
Published on: Wed, Nov 01, 2023
By: Marutin Ansiung
Text Size:
Text:
Kerjasama komponen GRS perlu terus kukuh: Jeffrey
JEFFREY (keenam dari kanan), Azizah (kelima dari kanan) bersama pemimpin-pemimpin parti komponen GRS Zon 4.
KENINGAU: Kerjasama kesemua komponen parti tempatan dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang menerajui kerajaan negeri perlu terus kukuh.

Timbalan Pengerusi GRS Datuk Seri Dr Jeffrey G Kitingan berkata, “Ini kerana masih banyak perkara perlu dilakukan bagi membangunkan negeri, terutama berkaitan tuntutan hak-hak Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).”

Advertisement
Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Jelajah Wanita GRS Zon 4 di dewan SM Ken Hwa di sini.

GRS Zon 4 membabitkan Parlimen Ranau, Keningau, Tenom dan Pensiangan melibatkan DUN Karanaan, Paginatan dan Kundasang di Ranau, DUN Tambunan, Bingkor dan Liawan di Keningau, DUN Kemabong dan Melalap di Tenom, DUN Tulid, Sook dan Nabawan di Pensiangan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dr Jeffrey yang juga Timbalan Ketua Menteri I mewakili Pengerusi GRS yang juga Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Sementara itu, beliau berkata, peranan golongan wanita dalam pelbagai bidang terutamanya politik amat penting dalam mencorakkan kepimpinan negeri ini, di mana sekurang-kurangnya 30 peratus golongan wanita terlibat.

Advertisement
Pendapat sama juga turut disuarakan Ketua Wanita GRS Datuk Seri Azizah Mohamad Dun.

Katanya, penglibatan golongan wanita masa kini amat penting kerana tidak mustahil wanita juga mampu menerajui negeri ini suatu hari nanti.

Advertisement
“Golongan wanita juga turut terlibat dalam membuat keputusan dasar-dasar kerajaan,” katanya.

Sempena majlis itu, turut diadakan penyampaian watikah kepada penyelaras wanita GRS Zon 4 dan 11 penyelaras DUN

Hadir sama, Timbalan Presiden StarSabah Datuk Robert Tawik yang juga Adun Bingkor, Naib Presiden StarSabah Datuk Anuar Datuk Ayub yang juga Adun Liawan, Ketua Wiranita StarSabah Datuk Flovia Ng yang juga Adun Tulid, Ketua Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat (Gagasan Rakyat) Datuk Rubin Balang yang juga Adun Kemabong, Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Nabawan Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin dan Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Tulid Senator Datuk Bobbey A. Suan.

Majlis itu turut dihadiri pemimpin-pemimpin parti komponen GRS, termasuk Presiden Usno Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here