Kota Kinabalu: Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan negeri Datuk Phoong Jin Zhe menegaskan keperluan untuk perniagaan menjadi digital atau berisiko ketinggalan dalam perubahan teknologi yang pesat hari ini.
Beliau berkata perniagaan mesti menerima revolusi perindustrian keempat (IR4.0) untuk meningkatkan daya saing mereka, menjadi lebih cekap sambil mengurangkan kos tenaga kerja.
“Negeri Sabah yang kaya dengan industri dan usahawan yang terkehadapan dengan menggunakan teknologi terkini, seperti Internet Pelbagai Benda (IoT), Kecerdasan Buatan (AI), Perlombongan Data, Realiti Maya dan Robotik pasti akan meningkatkan kebajikan semua penduduk di sini,” katanya dalam ucapan yang dibacakan Pembantu Menterinya Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy semasa pelancaran Sidang Kemuncak Asia 2023 di The Pacific Sutera, di sini, Rabu.
Memetik data daripada Bank Dunia, Phoong berkata kadar penggunaan digital Malaysia adalah lebih rendah berbanding negara Asean lain.
Advertisement





