Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Kerajaan negeri komited anjur lebih banyak program sukan – Hajiji
Published on: Thursday, November 02, 2023
Published on: Thu, Nov 02, 2023
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Kerajaan negeri komited anjur lebih banyak program sukan – Hajiji
JOACHIM (kiri) mewakili Ketua Menteri mengiringi Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin (depan, tengah) dan isteri Toh Puan Norlidah R.M. Jasni sebaik tiba di SICC pada Selasa.
Kota Kinabalu: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata kerajaan negeri komited untuk menganjurkan lebih banyak program sukan dan menyokong usaha melahirkan lebih ramai atlet negeri untuk mencapai taraf antarabangsa.

Beliau memberi jaminan itu dalam ucapannya pada Majlis Anugerah Sukan Sabah yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Selasa, yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Joachim Gunsalam.

Advertisement
Beliau berharap peruntukan RM97.5 juta untuk pembangunan belia dan sukan melalui Kementerian Belia dan Sukan akan memperkasakan program itu bagi melahirkan lebih ramai atlet yang bakal mengharumkan nama negeri dan negara.

Tambahnya, kerajaan turut menitikberatkan pembangunan sukan untuk orang kelainan upaya (OKU) dan ia telah menunjukkan hasil positif apabila pasukan negeri merangkul kejuaraan keseluruhan pada Para Sukma di Kuala Lumpur pada 2022.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Pencapaian cemerlang atlet para kita tidak terhenti di situ, kita juga mempunyai tiga atlet bertanding di Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

“Saya berharap atlet sukan para akan terus berjaya di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Syabas kepada semua atlet Sukan Para,” katanya.

Advertisement
Beliau menambah, peningkatan jumlah hadiah pemenang anugerah tahun ini diharap dapat memotivasikan atlet negeri untuk berusaha meraih lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

“Saya berharap anugerah dan pengiktirafan yang diberikan malam ini menjadi pembakar semangat kepada atlet muda negeri yang berpotensi untuk mencapai kejayaan yang boleh dibanggakan.

Advertisement
“Saya juga berharap atlet negeri akan terus bekerja keras untuk meraih lebih banyak pingat khususnya pingat emas dalam setiap acara sukan yang disertai pada masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ellron Angin berkata kementeriannya sedang dalam peringkat perbincangan dengan beberapa agensi kerajaan dan individu mengenai pemberian insentif kepada atlet negeri selepas bersara dalam sukan bagi menjaga kebajikan mereka.

Beliau turut menekankan semula kepentingan kerjasama dengan UMS (Universiti Malaysia Sabah) dalam mengaplikasikan sains sukan bagi membantu meningkatkan kejurulatihan sukan dan juga mengenal pasti bakat baharu. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here