Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Bot habis minyak, pasangan warga emas hanyut ke perairan Filipina
Published on: Thursday, November 02, 2023
Published on: Thu, Nov 02, 2023
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Bot habis minyak, pasangan warga emas hanyut ke perairan Filipina
Pasangan warga emas (duduk) itu dibawa ke Sandakan.
SANDAKAN: Pasangan suami isteri warga emas berhadapan detik cemas selepas bot yang dinaiki mereka kehabisan minyak dan hanyut sehingga ke perairan Filipina ketika dalam perjalanan dari Terusan Sugut menuju ke Batu Putih, Sandakan.

Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Zainudin Mohd Zuki berkata, Md Asibih Tamang, 73, dan isterinya Fatima Ulo, 65, dilaporkan hilang selepas bertolak dari Kampung Terusan Sugut menuju ke rumah anaknya di Kampung Batu Putih dengan menaiki bot gentian kaca pada pukul 8 pagi, Ahad lalu dan sepatutnya tiba dua jam kemudian.

Advertisement
Zainuddin berkata, apabila mendapati kedua-dua mereka tidak tiba pada waktu yang sepatutnya, menantu kepada pasangan terbabit, Midin Siran telah membuat laporan kepada pihak Maritim Malaysia tentang kehilangan pasangan itu.

Setelah mendapat laporan dari Pusat Operasi (PUSOP) Zon Maritim Sandakan,Martime Rescue Sub Centre (MRSC) Kota Kinabalu telah mengaktifkan operasi Mencari dan Menyelamat (carilamat) pada pukul 6.30 petang hari yang sama.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau menambah, bagaimanapun pencarian pasangan warga emas itu ditamatkan setelah mereka berdua dapat dihubungi dan dilaporkan berada dalam keadaan selamat di Pulau Mapun, Filipina Selasa lepas.

Mangsa telah diberikan bantuan oleh nelayan tempatan yang kemudiannya menghantar mereka pulang dengan menggunakan kapal nelayan dan diserahkan kepada pihak Maritim Malaysia di kawasan berhampiran Tanjung Pamaguan. 

Advertisement
Mangsa kemudian dibawa ke Jeti Zon Maritim Sandakan untuk diserahkan kepada keluarga mereka pada Selasa. 

Mengulas lanjut bagaimana kedua-dua mereka hanyut hingga ke perairan Filipina, mangsa memaklumkan, mereka menuju ke Batu Putih dengan menjadikan Pulau Tikus sebagai panduan perjalanan namun telah tersesat sehingga bot kehabisan minyak berhampiran Pulau Lankayan.

Advertisement
Mereka kemudiannya mendapatkan bantuan petugas yang berada di Pulau Lankayan untuk mengisi minyak. 

Bagi mengelakkan daripada tersesat untuk ke destinasi yang dituju, petugas berkenaan menasihati mereka agar mengikuti sebuah kapal yang akan menuju ke Sandakan sebagai pandu arah.

Bagaimanapun, setelah beberapa ketika mengikuti kapal berkenaan, Md Asibih telah memintas kapal terbabit dengan alasan ia bergerak terlalu perlahan dan khuatir berlakunya ribut. 

Malangnya tindakan itu membuatkan mereka berdua tersesat dan kehabisan minyak semula sehingga hanyut ke Pulau Mapun, Filipina.

Berikutan kejadian itu Zon Maritim Sandakan mengingatkan kepada komuniti maritim agar patuhi langkah-langkah keselamatan sepanjang berada di laut bagi mengelak daripada berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

Sekiranya berlakunya insiden di laut, orang ramai boleh terus menghubungi bilik operasi 24 jam Zon Maritim Sandakan di talian 089-229504 atau talian MERS 999.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here