Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Sabah harap Kementerian Persekutuan tidak berlengah-lengah
Published on: Thursday, November 02, 2023
Published on: Thu, Nov 02, 2023
Text Size:
Text:
Sabah harap Kementerian Persekutuan tidak berlengah-lengah
Armizan yang juga Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup berkata demikian selepas merasmikan program Jualan Rahmah di Kg Warisan di Darau, Kota Kinabalu, 22 Okt lepas.
DATUK Armizan Mohd Ali menggesa kementerian persekutuan masing-masing supaya tidak berlengah-lengah menyerahkan senarai projek pembangunan bernilai RM50 juta ke bawah kepada Kerajaan Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata kementerian perlu mengemukakan senarai itu menjelang Januari untuk pelaksanaan segera.

Advertisement
“Sebenarnya Sabah dan Sarawak boleh melaksanakan projek ini sejak tahun lepas melalui agensi teknikal yang disahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Saliran dan Pengairan (JPS).

Namun, ada beberapa isu dari segi pelaksanaan, antara lain, kerana sedikit isu disebabkan bajet yang terlewat, tahun lalu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Sebab itu saya menyokong Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mustapha Sakmud bahawa aspek pelaksanaan perlu mempunyai kaedah luar kotak bagi memastikan projek itu dapat direalisasikan pada peringkat awal,” kata Armizan.

Beliau mengulas kenyataan Mustapha yang meminta Persekutuan mengeluarkan dana pembangunan untuk Sabah secepat mungkin supaya projek-projek itu dapat dijalankan termasuk peruntukan pembangunan RM6.6 bilion untuk Sabah seperti yang diumumkan Perdana Menteri ketika membentangkan Belanjawan Negara 2024.

Advertisement
Armizan yang juga Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup berkata demikian selepas merasmikan program Jualan Rahmah di Kg Warisan di Darau, Kota Kinabalu, 22 Okt lepas.

Hadir sama Mustapha, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah Georgie Abas dan pegawai kanan lain.

Advertisement
Armizan berkata, Perdana Menteri telah memberitahu semua kementerian supaya bersedia sebaik sahaja Bajet 2024 diluluskan di Parlimen.

 “Saya yakin Kerajaan kita stabil dan insya-Allah cadangan Bajet 2024 diluluskan.

“Kementerian Persekutuan tidak harus menunggu sehingga Belanjawan diluluskan. Mereka sepatutnya mula memperincikan senarai projek tahun ini supaya mereka boleh menghantarnya awal tahun depan ke Sabah dan Sarawak.

“Apabila Parlimen luluskan, laksanakannya. Tolong jangan berlengah-lengah dan sediakan kerja-kerja diperlukan supaya pembiayaan untuk sebarang projek pembangunan dapat disalurkan segera untuk memberi manfaat kepada rakyat di kedua-dua negeri.”

Beliau berkata tindakan kementerian Persekutuan menangguhkan kerja-kerja itu boleh dianggap sebagai bukan mensabotaj tetapi tidak produktif kepada komitmen tinggi Perdana Menteri.

Armizan berkata kedua-dua negeri sepatutnya mempunyai hak pertama untuk menolak senarai itu dan mereka harus menyemak dengan teliti projek mana yang mereka ingin lakukan dan projek mana yang akan diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan.

Terdahulu, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Ruslan Muharam berkata dana pembangunan untuk Sabah dalam Belanjawan Negara 2024 perlu disalurkan menjelang Februari, bukan Julai seperti sebelum ini.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Keywords:
sabahmovingforward
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here