Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Info Room platform khusus usahawan wanita Sabah
Published on: Thursday, November 02, 2023
Published on: Thu, Nov 02, 2023
By: Clarence Dol
Text Size:
Text:
Info Room platform khusus usahawan wanita Sabah
JAMES (tengah) menyampaikan geran aktiviti kepada salah seorang usahawan.
Kota Kinabalu: Info Room Usahawan Wanita yang diwujudkan sebagai platform khusus untuk usahawan wanita di negeri ini, dilancarkan secara rasmi oleh Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Negeri Datuk James Ratib, pada Selasa.

James berkata, platform itu menjadi medium penyaluran maklumat yang berkesan daripada agensi yang menawarkan perkhidmatan kepada usahawan wanita khususnya.

Advertisement
“Selain itu, ia memberi ruang kepada usahawan menjana pendapatan dengan lebih meluas melalui maklumat yang diperoleh.

“Info Room akan diadakan secara berterusan pada masa hadapan bagi memberi inspirasi kepada usahawan wanita menimba ilmu keusahawanan dan memantapkan kemahiran dalam bidang tersebut,” katanya ketika merasmikan Majlis Penyerahan Geran Aktiviti kepada NGO Wanita Yang Berdaftar di Bawah Jhewa Dan Perasmian Info Room Usahawan Wanita, di Wisma Wanita, pada Selasa.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Tahun depan, tambahnya, Info Room akan diadakan pada Mac, Jun dan September, dan diharapkan agensi berkaitan dapat bersama-sama menyampaikan perkhidmatan berkaitan keusahawanan.

“Pewujudan Info Room itu selaras dengan apa yang saya umumkan pada 12 Jun lalu bahawa Jhewa akan mewujudkan platform penyaluran maklumat berkaitan bantuan dan kemudahan kepada usahawan, khususnya wanita sempena pelancaran sistem D-Ledger.

Advertisement
“Sebagai pemula Program Modal Insan di bawah Kementerian, melalui Jhewa, platform ini diharap mampu merealisasikan harapan Kerajaan Negeri untuk melahirkan rakyat daripada segenap lapisan masyarakat yang berilmu pengetahuan,” katanya.

James yang juga Adun Sugut mengucapkan tahniah kepada Pengarah Jhewa, Haslina Ismail dan jentera setiausaha atas penganjuran majlis yang membawa pelbagai manfaat kepada semua peserta.

Advertisement
Katanya, penyampaian geran itu merupakan program tahunan Jhewa yang memberi manfaat kepada masyarakat.

“Bagi melahirkan masyarakat yang harmoni dan bertanggungjawab, NGO mempunyai peranan penting dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat.

“Tahun ini, geran aktiviti berjumlah RM140,000 telah dianugerahkan kepada 28 NGO yang memohon pada awal tahun ini.

“Bagi tahun 2024, permohonan akan dibuka pada Januari 2024. Justeru, semua NGO wanita yang berdaftar di bawah Jhewa dipelawa untuk memohon mengikut kriteria yang akan dimaklumkan oleh Jhewa nanti,” katanya.

Sebanyak 14 agensi menyertai pameran itu antaranya Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan (Negeri dan Persekutuan), Jhewa, Jabatan Komunikasi Masyarakat (J-Kom), Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (Sabah), SME Corporation Malaysia, Yayasan Usaha Maju (YUM), Tekun Nasional, Institut Keusahawanan Negara (Inksen), Q Pack Sabah, Bank Negara Malaysia Pejabat Wilayah Kota Kinabalu, Bank Islam, Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Agro Bank.

Dalam pada itu, James berkata, ilmu yang diperoleh hari ini dapat membantu usahawan wanita untuk lebih memahami ilmu tersebut secara holistik dan menyeluruh.

“Justeru, pada pandangan saya penganjuran majlis sebegini amat bertepatan dan mampu menyumbang sesuatu kepada masyarakat.

"Walaupun kejayaan demi kejayaan terus diraih, kita tidak seharusnya berpuas hati. Tugas memperkasakan wanita perlu diperkemaskan supaya wanita terus berjaya," katanya.

James menambah, agenda Pembangunan Modal Insan yang menjadi teras Hala Tuju 'Sabah Maju Jaya' (SMJ) turut menekankan isu ini melalui Modal Insan dan Kesejahteraan Rakyat.

Menurutnya, ia harus menumpukan kepada usaha memantapkan ilmu, memperkasakan daya intelek dan kemahiran modal insan yang unggul.

Tegasnya, ini dapat dizahirkan menerusi penganjuran program kesedaran bertujuan menjaga wanita, khususnya ibu tunggal golongan B40.

“Usaha ini perlu dipergiatkan dari semasa ke semasa dan diharapkan usaha ini akan konsisten, dan lebih tersusun demi mencapai matlamat kita iaitu membantu wanita di Sabah.”
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Keywords:
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here