Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Ketua penerangan Umno perlu fahami peranan, tugas: Suhaimi
Published on: Friday, November 03, 2023
Published on: Fri, Nov 03, 2023
Text Size:
Text:
Ketua penerangan Umno perlu fahami peranan, tugas: Suhaimi
SUHAIMI bersama peserta kursus.
Kota Kinabalu: Semua Ketua Penerangan di peringkat bahagian perlu menyerlah dan memahami peranan serta tugas mereka agar isu semasa disampaikan kepada seluruh ahli Umno di peringkat akar umbi.

Ketua Penerangan Umno Sabah, Datuk Suhaimi Nasir berkata, jawatan ini sangat  penting bagi memastikan setiap bahagian tersebut berfungsi sepenuhnya sekali gus berupaya menangani isu yang dilontarkan oleh pihak lawan.

Advertisement
Katanya, bahagian atau parti itu akan bersinar serta kurang menyerlah adalah bergantung sepenuhnya kepada kebijaksanaan ketua penerangan menjalankan peranannya. 

“Kita mahu semua ketua penerangan ini akan dibentuk, dilatih serta diberikan ilmu secukupnya agar selaras dengan tugas serta fungsinya sebelum menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN).

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kita tidak mahu pada PRN nanti ada kalangan Ketua Penerangan peringkat Pemuda, dan Puteri menjadi pasang poster dan kemaskini data. Ini bukan tugas serta fungsi utama mereka.

“Mereka perlu ada kekuatan serta bijak menggunakan ruang sedia ada khususnya di platform media sosial untuk memberi serta mencari maklumat untuk diberi penerangan kepada ahli dan rakyat di peringkat akar umbi,” katanya.

Advertisement
Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan penutupan Retreat Penerangan Umno Negeri Sabah di sini, pada Khamis.

Suhaimi yang juga Ahli Parlimen Libaran berkata, sekiranya ketua penerangan tersebut aktif sudah tentu setiap bahagian tersebut akan berfungsi sepenuhnya manakala jika kurang aktif akan menjadi penyebab kepada gagal  dalam melaksanakan tugasnya.

Advertisement
“Kita akan rancang lagi kursus seperti ini dalam tempoh terdekat, memang ada keperluan untuk memantapkan lagi penguasaan dalam kalangan ketua penerangan terutama dalam teknik penguasaan pengucapan awam.

“Kita mahu semua ketua penerangan ini bersiap sedia untuk menjadi penceramah serta pemidato kepada majlis tertentu terutama pada PRN akan datang,” jelas Suhaimi.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here