Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Kerajaan akan tingkat usaha pupuk budaya inovatif
Published on: Friday, November 03, 2023
Published on: Fri, Nov 03, 2023
Text Size:
Text:
Kerajaan akan tingkat usaha pupuk budaya inovatif
Hajiji menyampaikan hadiah kepada pemenang.
Kota Kinabalu: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata Kerajaan Negeri mengutamakan dan akan terus meningkatkan usaha memupuk budaya inovatif bagi memastikan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan lebih pantas, cekap dan berkesan.

Beliau berkata inovasi dalam sektor awam berkait rapat dengan proses mengubah cara berfikir dan bekerjasama untuk memberi perkhidmatan cemerlang kepada rakyat, khususnya di Sabah.

Advertisement
Sehubungan itu, beliau berkata Kerajaan Negeri menjadikan inovasi sebagai salah satu agenda utama dalam memperkasakan sektor awam negeri.

Beliau berkata perkhidmatan awam merupakan tunjang kepada pembangunan negeri dan penggerak utama rancangan pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) melalui intipati modal insan dan kesejahteraan rakyat.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Penjawat awam perlu melahirkan idea yang lebih bernas, berani dan agresif dalam melakukan penambahbaikan dan inovasi bagi mencapai hala tuju SMJ.

“Justeru, ketua jabatan memainkan peranan penting dalam menerajui hala tuju inovasi agensi yang diketuai,” katanya pada Majlis Penyampaian Anugerah Inovasi Sektor Awam Sabah (ISAS) 2023 di Menara Kinabalu, di sini, Khamis

Advertisement
Menurutnya, sejajar dengan perubahan teknologi dan corak pembangunan negara yang pesat, agensi kerajaan perlu sentiasa mengambil langkah menggunakan pendekatan baharu dan berbeza dalam melaksanakan dasar dan perkhidmatan tertentu.

Beliau berkata, inovasi adalah nadi kepada kemajuan dan pembangunan sesebuah negara, di samping menyediakan peluang dan kemungkinan baharu, serta pemacu untuk menggerakkan masyarakat ke hadapan.

Advertisement
“Sabah, sebuah Negeri yang kaya dengan potensi besar, tidak terkecuali daripada fakta ini. Setiap hari, kita sering melihat kemajuan luar biasa berlaku di seluruh dunia, baik dalam sektor swasta mahupun dalam bidang penyampaian perkhidmatan awam.

“Semua perubahan ini tidak dapat dicapai tanpa fungsi dan peranan aktif Kerajaan dalam membentuk masa depan Negeri, dan inovasi adalah kunci untuk memastikan keberkesanannya,” katanya.

Beliau berkata Malaysia kekal di kedudukan ke-36 dalam Indeks Inovasi Global 2023 sejak 2022 yang menuntut persekitaran ekosistem, cara bekerja dalam organisasi dan gaya hidup masyarakat perlu ditingkatkan secara drastik bagi memastikan negara terus kekal berdaya saing melalui pemikiran kreatif dan inovatif.

Hajiji berkata, senario itu memerlukan penjawat awam menggandakan usaha untuk mencipta pelbagai cetusan idea inovatif dalam sistem penyampaian perkhidmatan seiring dengan arus globalisasi yang semakin berkembang pada masa kini.

Beliau berkata ISAS 2023 adalah bukti komitmen Kerajaan Negeri dan Persekutuan untuk memupuk kecekapan dan kecemerlangan institusi awam di Sabah melalui aktiviti kreatif dan inovatif.

“Platform itu bukan sahaja mengiktiraf usaha cemerlang penjawat awam yang berdedikasi tetapi juga merupakan saluran bagi kerajaan Negeri dan Persekutuan untuk menggalakkan pemikiran inovatif dan memberi inspirasi kepada semua penjawat awam untuk memupuk inovasi dalam perkhidmatan awam.”

Hajiji berkata, Kerajaan menghargai penjawat awam yang tidak jemu untuk terus berinovasi untuk mentransformasikan sektor awam di Sabah.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Safar Untong, antara lain.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here