Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
RM5.6 juta untuk sekolah, badan agama Pedalaman Bawah
Published on: Friday, November 03, 2023
Published on: Fri, Nov 03, 2023
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
RM5.6 juta untuk sekolah, badan agama Pedalaman Bawah
ARIFFIN (duduk depan, keempat dari kanan) bersama pemimpin dan masyarakat yang hadir di majlis itu.
BEAUFORT: Kerajaan Negeri telah menyalurkan peruntukan RM5.6 juta kepada 79 institusi di Zon Pedalaman Bawah, merangkumi 51 sekolah, 59 gereja dan 27 tokong.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Ariffin Arif berkata, Kerajaan Negeri sentiasa prihatin terhadap pendidikan dan keperluan badan-badan keagamaan bukan Islam (BKBI) menerusi pelbagai bantuan serta peruntukan, tanpa mengira kaum dan agama.

Advertisement
Sehubungan itu, katanya, Sabah telah menyediakan peruntukan RM54 juta, masing-masing RM23 juta kepada sekolah bukan kebangsaan dan RM31 juta untuk BKBI.

Beliau yang juga Exco Pendidikan memaklumkan, melalui peruntukan itu sebanyak 1,810 permohonan telah diluluskan membabitkan 346 sekolah manakala 1,464 kelulusan kepada BKBI.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Jumlah permohonan yang lulus untuk tahun ini juga meningkat sebanyak 294 permohonan berbanding hanya 1,516 kelulusan pada tahun lalu.

“Ini adalah inisiatif kerajaan negeri di bawah agenda Sabah Maju Jaya (SMJ) yang sentiasa prihatin dengan keperluan semua rakyat tanpa mengira perbezaan kaum, agama dan bangsa,” katanya.

Advertisement
Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Majlis Penyerahan Pemberian Bantuan Kewangan Kerajaan Negeri Tahun Kepada Sekolah-Sekolah dan BBKI Tahun 2023 Zon Pedalaman Bawah, di sini, Khamis.

Hadir sama Pembantu Menteri Kerja Raya yang juga Adun Kuala Penyu, Datuk Limus Jury dan Pembantu Menteri Kewangan II merangkap Adun Klias, Datuk Isnin Aliasnih.

Advertisement
Mengulas peruntukan bagi zon itu, Ariffin berkata, ia membabitkan 79 penerima dengan 137 kelulusan.

Katanya, daripada jumlah itu, RM3.49 juta diperuntukkan kepada 51 sekolah manakala RM1.24 juta kepada 59 gereja dan RM879,000 kepada 27 tokong.

“Saya juga ingin memaklumkan bahawa permohonan bantuan kewangan sama untuk tahun depan akan dibuka pada 2 Januari hingga 31 Mac 2024.

“Insha-Allah, kita akan tingkatkan jumlah bantuan ini jika kedudukan kewangan kerajaan negeri bertambah baik tahun depan,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here