TAWAU: Seorang wanita muda didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas tuduhan membuang bayi yang baharu dilahirkannya sehingga menyebabkan kematian di Hospital Tawau bulan lepas.
Mazidah Minggo didakwa dengan sengaja meninggalkan anak yang baru dilahirkannya dan perbuatan itu menyebabkan kematian bayi tersebut.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada wanita warga tempatan berusia 24 tahun itu selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rosli Ahmad.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu di tandas awam perempuan, Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Tawau, di antara 13 Oktober 2023 sekitar 5.20 petang hingga 14 Oktober 2023 jam 7.10 pagi.